Rabu, Mac 24, 2010

SATU KEBELENGUAN

Berikan kepadaku satu difinasi


Sahabat
kejayaan adalah pelayaran
di mana setiap pelabuhan bukan sekadar perhentian
adalah permulaan mengenali makna gelora
ketika perjalanan diiring badai 
sewaktu ombak datang melanda

nakhoda adalah keberanian
di tengah keluh resah mualim
yang lemas dibawa arus, dihempas kebelenguan
khabarkan tentang matahari
atau bulan di tengah kelam
kerana mereka itu utusan, tentang satu kebarangkalian

adakah kau tahu
syair satu kebenaran?
di dalamnya suara-suara ribut  
bernyanyi perlahan 
enggan didengar, menongkah angin
mengukur samudera


sahabat
tiuplah bangsi perjuangan
dengan semangat dan kasih sayang
agar ribut tidak mengganas di dasar
berkocak lalu meninggalkan bahtera
tenang di permukaan.


Tiada ulasan: