Sabtu, Februari 21, 2009

PROGRAM CRC

Sebagai permulaan CRC, Committee Radix Centre di bawah naungan PJS Syed Ageel telah mengatur beberapa program sebagai siri jelajah Johor.

8HB MARCH 2009
SEMINAR MENGAPA HARUS BERSAMA HPA
TEMPAT : HPA CAWANGAN PASIR GUDANG
MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
BAYARAN: RM 3.00 SEORANG
PEMBENTANG PJS SYED AGEEL

8HB MARCH 2009
MAJLIS PENERANGAN HPA
TEMPAT : NO 60 JALAN PELANGI 8
TAMAN PELANGI, JEMENTAH.
MASA : 8.30 MLM - 11.00 MLM
DISAMPAIKAN OLEH PJS SYED AGEEL.

Kepada semua ahli HPA yang tinggal berdekatan dijemput hadir.
Gunakan dan manfaatkan segala peluang yang ada..HADIR SERAMAI MUNGKIN...

PAK KUSNADI KEMBALI KE RAHMATULLAH...

Alfatihah. Seluruh warga KPU dan HPA merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Pak Kusnadi. Beliau pulang ke rahmatullah lewat jam 7 pagi tadi (21 Februari 2009) di Rumah Sakit Haji Depok, Jakarta setelah koma beberapa hari akibat menderita penyakit Kencing Manis.

Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diletakkan di kalangan hamba-hamba yang soleh...Amin

"Dari Allah Kita Datang dan Kepada-Nya jua Kita di kembalikan"

....sumber KPU...

AISKRIM TAYIBAH

Sesudah menanti sekian lama ,ahli-ahli HPA kini akan dapat menikmati kesedapan aiskrim Halal tidak lama lagi. Kita namakannya dengan aiskrim "Taiyibah".Aiskrim halal tanpa gelatin yang akan bersaing dengan aiskrim bergelatin dipasaran. Dari majlis "food testing"petang tadi 100% yang mencubanya menyatakan aiskrim ini merupakan yang terlazat yang pernah mereka rasai.

Aiskrim Taiyibah juga merupakan satu-satunya produk muslim yang kini berada dipasaran mewakili ummah dan dijangka akan diperkenalkan dalam program MIHAS yang akan datang.InsyaAllah.

Majlis perasmian aiskrim Taiyibah akan diadakan bersamaan dengan seminar MLMS di Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 9hb March 2009, mulai 8.00 Pagi hingga 2 Petang. Semoga kita dapat sama-sama menjayakan program ini nanti.

...sumber PU....

Rabu, Februari 18, 2009

Stokin Wuduk...Satu cara hidup umat muslimin



STOKIN WUDUK - satu produk bagi memudahkan muslimah berwuduk tanpa menanggalkan stokin hingga memungkinkan aurat terdedah di tepi tangga masjid mahupun surau.

Hanya gulung stokin ke paras betis dan ber wuduk dengan selesa di tempat wuduk yang terasing dari pandangan mata lelaki.

Mudah bukan?

Ia diperbuat daripada kain campuran Nylon dan Spandex yang tebal, berkualiti tinggi, tahan lama dan stretchable.

Diimport dari Indonesia dalam satu saiz (free size). Ia sesuai untuk kaki bersaiz 3 hingga 8.

Mempunyai bahagian berlapis seperti sarung bantal atau sampul surat bagi membolehkannya ditarik atau digulung ke atas.

Bahagian berlapis dipakai di sebelah atas kaki (bukan di telapak) untuk keselesaan berjalan dan memberi keyakinan ketika bersujud kerana ia mungkin ‘terbuka’ sedikit ketika telapak kaki ditegang.


Kurang selesa jika muslimah memakai kasut yang bahagian depannya ‘tajam’ (pointed shoe) kerana ia tebal. Sesuai dipakai bersandal atau kasut flat (pump).

Ada tiga warna iaitu perang, hitam dan putih.

Stokin ini amat sesuai untuk diguna jemaah yang mengerjakan umrah atau haji, selain menjadi hadiah bermakna kepada ibu, isteri,anak gadis dll.

Insya-Allah.

HARGA DEWASA

sepasang : RM13
tiga pasang: RM11 setiap pasang
10 pasang : RM9 setiap pasang

HARGA PELAJAR

sepasang : RM11
tiga pasang: RM10 setiap pasang
10 pasang : RM8 setiap pasang



* Kos penghantaran sekitar Universiti Sains Malaysia (USM), Recsam dan kawasan sekitar adalah PERCUMA.

* Kos penghantaran secara pos bergantung kepada kuantiti dan berat.

Untuk pembelian online, emel kepada stokinwuduk@gmail.com


......Dari sumber stokinwuduk.wordpress.com

Sabtu, Februari 14, 2009

PELANCARAN MLM SYARIAH

Semua Pengarah Jati Setia (PJS), ahli serta usahawan HPA dijemput hadir ke Majlis Pelancaran MLM Syariah yang akan diadakan pada 09 MAC 2009 (Isnin), jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Besar LembagaTabung Haji, Ibu Pejabat Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM15 sahaja. Tempat adalah terhad. Pendaftaran boleh dibuat terus kepada En. Mohd Kamal di talian 013-4804717

JUALAN LOT UNTUK LABUR DALAM RFC TIDAK DIBENARKAN

Dalam kesempatan kerancakan RFC mengembangkan sayap peniagaanya ada sebahagian daripada ahli HPA mula menunjukan minat bagi membuka RFC ditempat mereka melalui perkongsian bersama.

Bagi mencukupkan modal satu juta misalnya mereka membuka lot-lot saham seperti RM50 ribu satu lot. Namun bagitu sesuatu yang perlu diingatkan bahawa individu atau syarikat tidak dibenarkan mengambil diposit kepada orang ramai kecuali dengan keizinan Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkongsian dengan RFC bukan dengan kaedah itu tetapi dengan cara membuka Syarikat Sdn Bhd antara individu (Hj Ismail) dengan individu lain . Contuh RFC di Alor Setar dibuka dengan pendaftaran RFC Shahab Perdana SDN BHD dengan bermodalkan 80% dari Hj Ismail dan 20% daripada individu. 80% bernilai 4 juta sementara 20% bernilai sejuta.Namun bagitu keuntungan dibahagikan mengikut persetujuan bersama.

Pihak syarikat tidak menerima pelaburan berbentuk lot-lot yang diwujudkan dengan nilai tertentu kerana ini menyalahi peraturan BNM dan akan memberikan kesan negatif kepada HPA disuatu hari nanti.

Semua PJS sila ambil perhatian dan sampaikan maklumat ini dengan tepat dan betul.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Adnan bahagian pentadbiran HPA.


.....sumber blog PU

dipetik dari blog KPU.

Khamis, Februari 12, 2009

RFC KEUPAYAAN DAN KEBANGGAAN HPA


RFC memperlihatkan kekukuhan dan usaha HPA yang bersungguh-sungguh untuk menaikkan taraf ekonomi umat islam dalam persaingan global. Perasmian di Sahab Perdana Alor Setar membuktikan RFC bakal menjadi persaingan yang digeruni.


Peneraju Utama Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Kebangaan masyarakat HPA


Suasana yang teratur menggambarkan ketelitian dan kesungguhan.



HPA mampu bersaing. Menjadi satu tanggungjawab kepada setiap warganya untuk meneruskan apa yang telah disediakan sebagai satu amanah dan satu perjuangan.



HPA BOLEH!!..BOLEH!!..BOLEH!!...

Selasa, Februari 10, 2009

PBC TS HOTEL PASIR GUDANG SATU KEBANGKITAN

Program PBC di TS Hotel Pasir Gudang yang diadakan selama dua hari mulai 7 dan 8 Februari 2009 telah berjaya menarik minat seramai 130 orang peserta.Ini merupakan satu perkembangan yang amat mengalakkan seiring dengan hasrat HPA untuk menjadikan Johor Bahru sebagai bandar kedua HPA selepas Sungai Petani.

Barisan pengerak program dan juga komiti CRC bersama Penaung dan Penasihat PBC PJS Syed Ageel.

Turut hadir Catriona Ross. HPA adalah satu wadah perjuangan dan penyumbang kepada ekonomi umat islam.


Hadir sama ialah beberapa PJS dari Utara, Tengah dan Pantai Timur. Antaranya PJS Kak Noor @ Zawiyah, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Noor Habibah, PJS Mahanis Hanin, PJS Abd Jalil Zainol, PJS Samsuri Muat, PJS Syed Ageel dan PJS Syed Salahuddin.