Khamis, Oktober 29, 2009

SYABAS!.. ANDA ADALAH DI ANTARA ORANG-ORANG YANG DIPILIH ALLAH...

Ucap selamat dan syabas kepada para peserta yang telah mendaftar dan akan ke PBC 31 Oktober dan 01 November 2009 di TS Hotel Pasir Gudang pada hari sabtu dan ahad yang mendatang. Semoga usaha dan kesungguhan anda mendapat manfaat serta memberi impak yang baik dalam persediaan mengatur gerak kerja sebagai saudagar muslim yang berjaya.
Orang yang berjaya sentiasa melihat sesuatu di hadapanya dengan pemikiran yang positif. Jika PBC itu dianggap sesuatu yang sukar, anda telah berjaya mengorak langkah untuk keluar dari zon keselesaan yang sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada. InsyaAllah berserta doa dan keyakinan serta kesungguhan menempatkan diri di dalam arus perubahan, anda akan dibimbing bagaimana untuk menggabungkan kemahiran, kerohanian dan kecekapan mengatur pelan tindakan dengan sebaik-baiknya.
Semoga PBC ini nanti berjaya memberi anda matlamat jelas yang akan membawa anda menuju ke destinasi perjuangan dalam jihad ekonomi dan menyampaikan produk-produk halal ke pangkuan umat islam. InsyaAllah...

Isnin, Oktober 26, 2009

PERASMIAN RFC KLUANG OLEH TUAN HAJI ISMAIL AHMAD..



Tahniah dari kami warga Committee Radix Centre atas perasmian RFC Kluang oleh Tuan Haji Ismail Ahmad. Semoga HPA bertambah disegani sebagai satu persaingan yang digeruni di peringkat global sebagai menandakan kebangkitan ekonomi umat islam sedang mara menuju era pembangunan dan pengukuhan sejagat.








24 Oktober 2009 yang penuh keberkatan

Isnin, Oktober 19, 2009

MENGATUR STRATEGI HENDAK SERIBU DAYA : PBC TS HOTEL (SCIENTEX) PASIR GUDANG 31 OKT - 01 NOV 2009

Sudah mendaftar? Atau masih lagi demam ketupat, mabuk rendang kari ayam? Kalau ya.. Oklah juga, selagi masih menggunakan rempah kari dan ayam organik HPA. Nilai mata yang sedikit lama kelamaan jadi bukit... Tapi dah lama sangat rehat!!!...masa untuk bangun mengatur strategi agar jangan terus dilamun mimpi. Lembab atau lambat bergerak akan mempengaruhi jangkamasa untuk mencapai sesuatu matlamat.

Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara,
Muda sebelum tua,
Sihat sebelum sakit,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati."

Tapi sayangnya ramai di kalangan kita matinya sebelum mati. Masih tercongak-congak dalam membuat keputusan.. Tidak jelas matlamat yang dicari.

" Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba "

"dan jangan takut kepada matlamat yang gagal dicapai kerana paling ditakuti ialah tiada matlamat untuk dicapai"


Merancang kehadiran ke PBC adalah langkah bijak tetapi ramai yang kandas hanya kerana alasan kekangan masa atau kos RM 160 dilihat sama harga seperti membeli sebuah kereta. Namun ramai juga yang berjaya kerana manusia bukanlah malas tetapi mereka mempunyai matlamat yang mati, iaitu matlamat yang tidak merangsang pergerakan dan minda untuk berjaya.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Membentuk Pemikiran Positif Melalui PBC


Hari ini saya teruja untuk membuat sedikit penerangan mengenai sikap dan gaya fikir kepada sekelompok pelajar yang berminat untuk membabitkan diri dalam perniagaan MLM(S) HPA. Saya bercakap melalui pengalaman dan pemerhatian selama berada di dalam lingkungannya dan berharap mereka mereka ini boleh menjadi teman seperjuangan yang berjaya membina kejayaan bersama HPA.

Mereka harus faham bahawa ini bukanlah skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan segera bahkan harus memahami bahawa ianya adalah kesan jangka panjang bagi mengelakkan perasaan 'terlalu berharap' yang boleh meranapkan semangat jika mereka tidak berusaha dan berkeyakinan tinggi untuk meraih banyak peluang yang tersedia di dalamnya atau terlepas pandang akan kelebihan yang terdapat di dalam HPA yang tidak terdapat dalam mana mana MLM yang lain.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara untuk memacu minda ke arah kecemerlangan dengan membentuk pemikiran yang logikal hasil dari pembacaan saya dari beberapa buah buku motivasi yang sesetengahnya saya ambil dan guna pakai sebagai landasan membina keyakinan diri.

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).

1. Bina Pemikiran yang kereatif jika anda adalah salah seorang bekas peserta.
Gunakan semua maklumat sebanyak mungkin yang disediakan didalam setiap program untuk dijadikan satu perkongsian idea yang boleh diterapkan sebagai salah satu cara untuk menjadi usahawan HPA yang berjaya.
Tanamkan sifat ingin meneroka peluang di samping mempunyai daya usaha yang lebih seiring dengan sifat keterbukaan, tidak mudah putus asa dan berani berdepan dengan cabaran kemudian menanganinya dengan secara efaktif.

2. Mengapa Perlu Ke PBC?
Untuk yang bakal menghadirinya, perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Jika ditanya apa langkah pertama yang akan saya ambil setelah mendaftar sebagai ahli HPA? Maka saya akan memilih ke Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).
Jalan pintas untuk menghampiri kejayaan bagi orang yang nampak apa yang ada di dalamnya. Sebagai contoh, penglibatan secara aktif di PBC dengan membawa sekurang-kurangnya tiga peserta bersama setiapkali ianya diadakan merupakan laluan cukup mudah untuk membina kekuatan rangkaian yang mana ianya amat perlu untuk tujuan kenaikan pangkat.

Selebihnya kita yang mengatur kejayaan masa depan dengan bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini. Sentiasa fokus kepada kejayaan dan mempunyai misi atau visi, insyaAllah keberkatan akan datang kerana kita membawa satu perjuangan untuk menyadarkan umat islam bahawa jihad ekonomi juga perlu bagi memertabatkan islam di mata pandangan umum.

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut apa itu gelombang HPA, hadirkan diri atau bawa prospek prospek anda ke PBC yang terdekat anjuran CRC...

Tarikh : 31 Okt - 01 Nov 2009
Tempat : Ts Hotel (Scientex) Pasir Gudang
Bayaran : Rm 160.00






Jomm!!! p PBC!!!!.....twit! twit! twit!


................catatan Ckbayu

Rabu, Oktober 07, 2009

PBC KEPALA BATAS SEPT'09 - Sejenak Bersama Ck

SATU MOTIVASI


Untuk mencapai matlamat dalam apa juga perkerjaan memerlukan terlalu banyak pencarian dari segi persiapan dan pemantapan diri. Saya berpeluang berkongsi ilmu dari pemerhatian saya selama dua hari di PBC Kepala Batas pada 3 dan 4 September 2009.

Untuk menjadikan sesuatu program itu benar-benar mendatangkan impak yang berbaloi dengan tenaga dan nilai ringgit yang dikeluarkan peserta maka saya tertarik untuk melebelkan PBC Kepala Batas baru-baru ini menepati kehendak. Sasaran dua hala yang saya fikir tidak semudah untuk dilaksanakan.

Pertamanya untuk melahirkan kesadaran pengguna di kalangan peserta tentang bertapa perlunya menjadi seorang ahli tegar yang benar-benar sayangkan konsep perjuangan yang diterapkan oleh Tuan Haji Ismail sebagai pengasas HPA supaya sentiasa mempunyai sikap positif, produktif dan proaktif.

Perjalanan tentatif program yang teratur dan kemas banyak membantu menarik minat peserta memberi sepenuh tumpuan di setiap modul yang dibentangkan oleh para pembentang yang cukup berdidikasi dan pandai menghidupkan suasana dengan sense of humor.

Keduanya untuk melahirkan usahawan yang benar-benar berkesungguhan, berilmu dan sentiasa bersedia. Program selama dua hari satu malam ini menyediakan banyak ruang untuk para peserta memfokuskan diri bagi memilih cabang yang diminati. Para pembentang juga berjaya membantu peserta memahami bagaimana untuk membentuk matlamat yang cemerlang. Ini dilihat dari slot LDK yang mana rata-rata kumpulan memperlihatkan ciri-ciri kesungguhan dan komitmen yang mendalam seperti yang ingin dibentuk.

Untuk itu kepada semua bekas para peserta teruskan langkah dengan ilmu yang dibekalkan. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri membuat kita sedar mengenai potensi sebenar diri kita sendiri.



Sentiasa memberikan kerja sama dan tumpuan



Ruang yang teratur dan selesa mengujudkan suasana ceria


Para fasi yang sentiasa berdisplin membantu kelancaran program