Rabu, Mei 27, 2009

HPA TERUS GEMPUR PASIR GUDANG

HPA berjaya meneruskan kecemerlangannya menggempur Pasir Gudang apabila berjaya mengadakan Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Hotel Scientex pada 23 dan 24 MEI 2009 yang lalu. Kehadiran hampir 70 peserta pada kali ini membayangkan bahaw Pasir Gudang mampu merealisasikan impian HPA untuk muncul sebagai bandar terhebat di selatan tanah air selepas Sungai Petani.





Suasana PBC di Hotel Scientex Pasir Gudang
Menurut Pengarah PBC, PJ Rahmah Rahmat, PBC pada kali ini menampilkan gabungan mantap di kalangan PJS dari KPU dan KPA. Antara yang hadir mengisi slot ialah PJS Syed Ageel, PJS Syed Salahuddin, PJS Mohd Nadzri Ahmad. Selain itu beberapa PJS KPA turut hadir, antaranya PJS Siti habibah Yusof (KAK BIB), PJE Fauzani (Demo Produk), PJS Roslina Hashim dan PJE Khalid Salim (slot bersama pemimpin). PJ Ustaz Haji Mohd Fauzi dari Pasir Gudang bertindak sebagai moderator yang memainkan peranan menghidupkan majlis.


Kehadiran PJS dari dua kelab ini menjadikan PBC di pasir Gudang sentiasa mantap dan memenuhi kehendak dan impian setiap peserta. Komitmen dan kehadiran ramai PJS menjadikan HPA makin dikenali di Pasir Gudang, sekaligus membuka era baru dalam usaha memartabatkan HPA di selatan tanah air.
Sumber KPU...

Khamis, Mei 14, 2009

PBC TS HOTEL (SCIENTEX) 23-24 MEI 2009

INILAH JALAN KAMI......
Anda berani melaluinya?...Tidak ada yang mustahil..Jadilah seorang usahawan HPA yang berjaya dan sentiasa berkeyakinan tinggi...Mari bersama-sama kami di PBC TS HOTEL (SCIENTEX) PASIR GUDANG pada 23 dan 24 mei 2009..Kami akan tunjukan jalan..InsyaAllah...

Mendaftarlah sebagai peserta dengan bayaran Rm 160 untuk dua hari satu malam..Program yang padat dengan modul-modul pilihan...

Para Pembentang

PJM Syed Salahuddin - Pengenalan Syarikat
PJI Syed Ageel - Plan Pemasaran
PJM Cikgu Nadzri - Radix Satu Pilihan
PJE Rosli - 6M
PJM Siti Habibah - Saraf Tapak tangan
PJE Fauzani - Demo
PJ Ustaz Fauzi - Halal Haram & Kuliah Subuh
PJ Dr Syed Helmi - Bacaan AlMa'thurat
PJS Roslina - Bersama Pemimpin
PJE Khalid Salim- Bersama Pemimpin

HUBUNGGI:

PJ Puan Rahmah - 017-7449892
PJ Ustaz Fauzi - 019-7970111
PJ Dr Syed Helmi - 019-7034881
PJE En Khalid Salim - 012-7560331
PR Farah -
0197427421

Ahad, Mei 10, 2009

Kelas Bekam Angin

Bertempat di cawangan Bandar Baru Uda telah diadakan kelas bekam angin yang disampaikan oleh PJ Ustaz Fauzi Mohd Yatim. Kelas yang diadakah telah mendapat perhatian dari ahli-ahli HPA dan memberi banyak manfaat kepada mereka.


Sebahagian dari peserta yang kebanyakannya berminat dengan ilmu perawatan dan bekam sedang tekun mendengar ceramah yang diberikan.




Semoga kelas berbentuk ilmuan sebegini dapat diadakan dan mendapat sambutan dan sokongan dari setiap ahli HPA yang ingin menjadi Usahawan.
Insyaallah juga akan diadakan di tempat yang sama kelas-kelas sokongan yang berbentuk perawatan selain meeting mingguan yang akan diadakan setiap malam jumaat jam 8.30 malam.




MEMO PBC DARI GM HPA

PEKELILING PBC 2009.Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.Pihak syarikat telah menetapkan satu pekeliling baru bagi program PBC 2009.
1. Peserta yang berumur 17 tahun kebawah tidak dibenarkan mengikuti ProgramPBC ( Timbul masalah komunikasi dikalangan peserta ).

2. Proksi yang dibenarkan hanyalah ibu atau bapa sahaja.Orang lain tidakdibenarkan sama sekali.

3. Kanak – kanak yang dibenarkan untuk ditaja oleh ibu atau bapa adalah atas faktorpewarisan.

4. Setiap program PBC yang diadakan,WAJIB ada sekurang – kurangnya tiga ( 3 )orang PJS bagi kapasiti peserta 30 orang keatas dan tinggal bersama sepangjangprogram berlangsung ( 2 hari 1 malam ).

5. Pihak syarikat memandang serius dan TIDAK AKAN MENGIKTIRAF mana – mana program PBC yang tidak mematuhi arahan tersebut ( PROGRAMTERSEBUT DIANGGAP TIDAK SAH DAN SECARA AUTOMATIKTERBATAL KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT PLX BAGI PESERTAYANG MENGIKUTI PROGRAM TERSEBUT ).

2.Keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan ( PJS ) bagi memastikan ia berjalan dengan lancar demi kebaikan bersama,kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Yang Benar,
MOHD FAISOL ABD RAHMAN
Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd