Selasa, Mei 18, 2010

SATU PERJUANGAN


BAGAI AUR DENGAN TEBING
Berlainan rangkaian bukan bermakna kita berlainan pendapat dan hala tuju. Membentuk satu jemaah yang berpegang kepada prinsip dan perjuangan yang sama membolehkan kita bersatu merapatkan saf dalam menjalankan satu tanggungjawab yang diamanahkan tanpa mengira dari mana dan siapa yang berhak ke atas kerja keras kita.

14 mei 2010 - Meeting mingguan di BBU
Bermula dari meeting mingguan di cawangan Bandar Baru Uda pada malam 14 mei 2010 Committee Radix Centre memulakan siri jelajah bersama PJM Syed Ageel selama tiga hari dalam konsep penggabungan tenaga dan ilmu. Ianya melibatkan beberapa leader dan individu yang berlainan rangkaian namun bersedia berganding bahu menyampaikan maklumat dan sebagai duta memperkenalkan Produk Halal Tanggungjawab Bersama .
PJ Jumain bersama Puan Zainab Dali membuktikan usia bukan sekadar angka

15 mei 2010 - Masjid CIQ Tanjung Kupang

Pengembelingan tenaga dan kemahiran yang diterajui oleh PJM Syed Ageel juga berjaya membuktikan sikap muafakat membawa berkat. Walau dari rangkaian yang berbeza program di Masjid CIQ berjalan dengan semangat yang dibina atas dasar tanggungjawab. Turut melibatkan beberapa leader antaranya PJE Rahmah Rahmat, PJE Roslina Hashim, PJ Norhisham Sedik, PJ Jamaliah Ibrahim dan En Nasrul dari TLDM Tanjung Pengelih Pengerang.






16 mei 2010 - Balai Raya kampung Baru Sri Gading Batu Pahat

Keyakinan dan keinginan PJ Jumain Ghazali untuk melahirkan ramai pengguna setia dan menarik minat lebih ramai warga perkampungan di Batu Pahat mendaftar sebagai ahli akhirnya berjaya dilaksanakan dalam satu program 'Kenali HPA' dengan mengutamakan konsep kesihatan dan anda.

Kegigihan anak muda ini diberi sokongan yang tidak berbelah bagi oleh keluarga, sahabat seperjuangan dan 'Team Work' yang dibawa khas oleh Committee Radix Centre (CRC) dan kesungguhan penaungnya PJM Syed Ageel yang sentiasa menjadi semangat dengan kegigihan dan kerja keras beliau.

Program tiga hari anjuran CRC, Committee Radix Centre adalah dibawah seliaan PJE Rahmah Rahmat. Hampir keseluruhan jadual gerak gempur di atur dan disusun olehnya bagi memastikan sejauh mana keberkesanan serta impak yang terhasil dari gabungan ilmu dan kemahiran sebagai satu gagasan perjuangan yang semestinya diketengahkan kepada masyarakat umum. Semoga HPA terus dihayati dan menjadi mandat perjuangan ekonomi ummah yang akan terus dibawa oleh Committee Radix Centre (CRC).

Jumaat, Mei 14, 2010

AWAS APA YANG DIJUAL DI LUAR SEKOLAH ANAK ANDA..

JANGAN SEKALI-KALI BERANI BERKATA PADAKU INI SOAL KECIL...



Sikap tidak perihatin segelintir penjual di luar pintu pagar sekolah mungkin menyebabkan anak-anak anda terjebak dengan pengaruh yang tidak diingini. Apa yang menyedihkan gula-gula yang menggunakan jenama yang hampir sama dengan rokok mempunyai bentuk dan pembungkusan yang juga seakan menyerupai produk tersebut.

Lebih malang ia dijual kepada anak-anak di sekolah rendah yang seronok membeli sambil mengayakan perwatakkan yang tidak seharusnya dilakukan. Dan yang lebih menyakitkan hati bangsaku sendiri yang menjualnya sebagai salah satu cara menambah pendapatan yang tidak seberapa jika dibandingkan kemusnahan struktur kedewasaan generasi umat islam masa depan.


Sabtu, Mei 08, 2010

Radang Buah Pinggang (Glomerulonephritis)

Lazimnya, kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal seringkali dikaitkan dengan kencing manis atau tekanan darah tinggi. Bagi penyakit radang buah pinggang, ia agak jarang diperkatakan walaupun saban waktu terdapat kes ini.


Radang buah pinggang, atau glomerulonephritis (GN) kerapkali berlaku pada golongan muda. Ia berlaku serta-merta iaitu mengambil masa hanya beberapa hari berbanding kerosakan buah pinggang yang biasanya memakan masa selama 10 hingga 15 tahun.
Punca Radang

Biasanya, penyakit buah pinggang akut disebabkan oleh penyakit yang memberi kesan kepada buah pinggang, aliran 
darah atau air kencing yang mengalir keluar daripadanya.

Radang buah pinggang pula berlaku apabila terdapat kerosakan pada glomeruli iaitu sekumpulan kapilari yang berfungsi sebagai penapis ketika proses menyingkirkan bahan kumuh daripada darah dan masuk ke dalam tubules buah pinggang.

Perbezaan ketara penyakit ini dengan kegagalan buah pinggang yang lain ialah radang buah pinggang tidak melibatkan faktor makanan serta 
darah tinggi dan kencing manis.

Antara tanda awal pesakit menghidap penyakit ini ialah mereka mengalami masalah air kencing yang mengandungi protein. Malah panyakit radang buah pinggang lebih bersifat sementara dan boleh hilang dalam jangka waktu tertentu dengan rawatan khas yang diperoleh sejak peringkat awal.

Rawatan

Mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit ginjal ini seperti pesakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit lain perlu menjalani ujian setiap 6 bulan sekali.

Masalah kegagalan buah pinggang hanya dikesan setelah bertahun atau berbelas tahun ia bermula kerana menyerang secara senyap. Semasa diketahui, penyakit itu sudah di peringkat kronik.

Justeru, hanya dialisis atau pembedahan transplan menjadi pilihan. Namun, sekiranya dikesan awal, ia boleh dirawat menggunakan ubatan tertentu.

Masalah buah pinggang mempunyai kesan berangkai dengan organ-organ lain terutama jantung. Walaupun keadaan genetik seseorang turut mempengaruhi kehadiran penyakit ini, perubahan dalam tabiat pemakanan dan gaya hidup boleh menyelamatkan buah pinggang.
Ekstra : Fakta Buah Pinggang

* Setiap hari, kira-kira 200 liter darah ditapis atau dibersihkan oleh buah pinggang. Buah pinggang juga terlibat dalam penghasilan sel-sel darah merah, kawalan tekanan darah, kawalan keseimbangan asid-bes (alkali) dan penjagaan kesihatan 
tulang.

* Jika terdapat keadaan tidak normal dalam buah pinggang, contohnya tahap protein melebihi paras normal atau terdapat kesan darah dalam air kencing atau jika fungsi buah pinggang merosot, besar kemungkinan kita menghidap penyakit buah pinggang kronik.

* Pada peringkat awal, penyakit buah pinggang tidak ketara kerana pesakit masih berasa sihat. Tidak hairanlah jika ramai orang tidak sedar mereka mengalami masalah buah pinggang dan lama-kelamaan penyakit ini lebih teruk.

Ekstra : Tanda-tanda Kerosakan

# Kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam tetapi lama-kelamaan semakin berkurangan, begitu juga jumlah air kencing

# Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta 
mata membengkak

# Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata

# Air kencing berbuih kerana kehadiran protein

# Cepat letih dan mengantuk

# Kerap 
sakit kepala

# Mengalami masalah 
tidur

# Kurang selera makan dan penurunan berat badan

# Terasa seperti hendak muntah dan loya

# Terdapat darah dalam air kencing


Sumber... info kesihatan  anda.

Jumaat, Mei 07, 2010

BERSAMA CRC DI BATU PAHAT

Akan menemui anda di sana....