Khamis, Februari 25, 2010

Segalanya Bermula Di Sini

Jadikan PBC sebagai momentum dalam menangani semangat dan keyakinan yang kian pudar. Anda boleh dan anda berhak untuk menjadi hebat.

Antara yang akan hadir bersama kami pada 27- 28 Feb di TS Hotel Pasir Gudang :

Isnin, Februari 22, 2010

Bagaimana Beg Tangan Anda Dibuat???

Ooow!! Camni kerr???
Uweih sadisnyer!..Pas nih kena pikir dulu nak beli ker tak?
 

HArgA YANG dIBAYAR!
 

 

 


err..tak tau nak cakap apa...fikirlah sendiri..!






Khamis, Februari 18, 2010

Info Kesihatan - Barah Mulut

Jangan Mengundang Bala Dan Mati Dalam Sia-Sia...Hentikan Merokok..!!!


 Simptom Barah Mulut

* Ulser dalam mulut yang tidak sakit dan tidak juga sembuh selepas tiga minggu

* Pembentukan segumpal tisu di mana-mana bahagian mulut

* Tompok putih atau merah di mana-mana bahagian mulut

* Susah untuk menelan, mengunyah, bercakap, menggerakkan rahang atau lidah

* Rasa kebas pada lidah dan kawasan sekitar mulut

* Sakit kerongkong berpanjangan untuk lebih enam minggu terutama perokok yang melebihi usia 50 tahun

* Bengkak pada rahang

* Bengkak pada leher lebih tiga minggu

* Sakit telinga yang kronik

* Berat badan menurun



Faktor Risiko Barah Mulut

+ Merokok

+ Minum alkohol berlebihan

+ Pernah mengalami masalah saluran pernafasan atas sebelum ini

+ Usia yang meningkat

+ Amalan mengunyah sireh

+ Kurang mengambil sayur atau buah-buahan dalam diet



Selasa, Februari 16, 2010

Berfikir Cara GM

TRAIN TO BE A GREAT LEADER


Saya cuba mambaca mindanya dari segenap sudut setiapkali dia melakukan affirmation yang cukup mantap. Tidak hairanlah jika ada sahabat saya yang mengelarnya 'Singa HPA'. Bagi saya keupayaan beliau mewujudkan peak state yang cukup sempurna meletakkan beliau antara orang orang yang hebat di dalam HPA.Ianya mengingatkan saya kepada sebuah buku tulisan Mat Taib Mat yang menyentuh kaedah yang terbaik untuk menjadi hebat di dalam 'Anda Berhak Hebat'

Sebagai perintis di peringkat awal penubuhan HPA apabila beliau mendaftar sebagai ahli pada tahun 1995 GM Faisol Abd Rahman telah mengharungi zaman jatuh bangunnya HPA serta meletakkan visinya yang cukup besar dalam cubaan membantu menaikkan perniagaan kepunyaan orang melayu yang penuh cabaran dan berisiko.

 
Setia bersama Tuan Haji Ismail bin Ahmad
" Bagi setiap usaha yang penuh displin, ganjarannya adalah barganda "

Pandangannya jelas terhadap generasi sekarang yang cukup mudah untuk meraih kejayaan melalui kaedah pelan pemasaran yang menarik disamping keperluan yang tersedia berbanding dengan beliau dan teman teman seangkatan yang terpaksa melakukan 'all in one'. GM sendiri melakukan kerja kerja pembungkusan, memandu van untuk membuat penghantaran dan membuat penerangan.

Ditanya tentang harapan, beliau menyatakan peri pentingnya generasi sekarang mencontohi mereka yang berjaya dan bertanya akan kunci kejayaan bagi melahirkan generasi baru yang mengenal erti perjuangan dan sanggup berkorban untuk kejayaan.

 

Bersama sama keluarga sewaktu dalam percutian

 " Keyakinan adalah suara hati yang menyatakan anda boleh jadi seperti apa yang anda impikan untuk jadi "


Menyebut tentang kata kata bermotivasi yang ingin dikongsi bersama, GM yang bersifat periang ini sering berkata train to be a great leader sambil menekankan konsep spiritual yang perlu ada dalam membina rangkaian yang serious dalam perniagaan. Untuk berjaya jangan sesekali berfikir cara orang yang sakit berfikir kerana untuk sembuh atau tidak bukan bergantung kepada ubat dan ramuan sebaliknya kekuatan jiwa dan keyakinan. Petua beliau yang paling mudah adalah banyakkan membaca selawat.

Isnin, Februari 08, 2010

Menyusuri Jejak Perjuangan

Berani Untuk Gagal
Formula yang membuahkan kejayaan

PJM Syed Ageel Syed Mahayadin merupakan sebuah nama yang begitu sinonim dengan setiap siri PBC anjuran Committee Radix Centre (CRC) di selatan. Penaung yang disegani dan disayangi oleh seluruh  warganya merupakan pemimpin kelahiran PBC November 2006. Tdak pernah jemu menyusun hierarki perjuangan dalam memertabatkan HPA sebagai pilihan yang tepat melalui keyakinan dan gerak kerjanya dan menjadi idola kepada setiap rangkaian beliau yang ada di serata tanahair.
 


Ketika menghabiskan percutian dua minggu bersama keluarga di Sweden

Motivator muda yang sentiasa optimis dalam berkongsi inspirasi dan idea baru bagi menyumbangkan kemahiran untuk melahirkan gagasan usahawan HPA yang celik ilmu.Kerja kerasnya dalam melebarkan jaringan sehingga menjangkau sejauh Singapura, Indonesia dan Brunei seharusnya menjadi contoh dan ikutan pelapis pelapis muda seandainya mereka ingin memilih untuk berada di landasan yang sama.

Potensi diri yang ditonjolkan seiring dengan realiti yang terhasil juga satu contoh yang baik ke arah perubahan yang mantap.Risiko untuk disenangi atau sebaliknya tidak pernah sedikit pun mencuit keyakinan beliau untuk berasa goyah. Baginya diterima atau tidak adalah persaingan sihat sebagai kayu pengukur untuk menilai sejauh mana anjakkan paradigma yang terlahir kesan dari ketelusanya merebut peluang untuk berdiri teguh sebagai  pemimpin hebat dan berjiwa besar.
 
  
 

"Kemegahan dan kehebatan bukanlah kerana tidak pernah terjatuh tetapi upaya untuk bangun kembali setiapkali diasak kegagalan"

Setia di belakangnya adalah seorang isteri PJS Suhaiza Rusli yang benar benar memahami konsep perjuangan yang memerlukan sedikit pengorbanan terutamanya dari segi masa.Pun begitu seorang ayah kepada dua orang puteri ini merupakan seorang yang berjiwa lembut berbanding ketegasan beliau ketika berurusan dalam soal kerja.

Mengenai PJM Syed Ageel

Menyertai HPA pada ogos 2006

Dinobatkan sebagai Peserta PBC terbaik 2006 - 2007 dalam KONVEX 2007

Melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008  untuk bersama HPA sepenuh masa.

Dinobatkan sebagai TOP 20 HPA dalam KONVEK ’09

Merupakan Pengarah Jati Mahkota (PJM) dan tersenarai dalam 20 pemimpin terbaik HPA Malaysia bagi tahun 2008-2009.

Auditor Koperasi Wahida HPA Bhd.



Ahad, Februari 07, 2010

PBC DATANG LAGI!..

JOOmmm!!! Ramai ramai P PBC!!!

JoM ikUt KaMi pEgi PBC 27 - 28 FEB 2010 kAT TS HOTEL PAsIR GuDaNG!..DAfTar SEgERa SebaGai PeSErTA..!!
Cara mengatur gerak gempur bersama PJM Syed Ageel.

Jika mahukan dunia mestilah dengan ilmu, mahukan akhirat juga dengan ilmu dan jika mahukan keduanya, dunia dan akhirat juga dengan ilmu...

Rebut peluang dengan kesungguhan untuk melakukan sedikit perubahan..

UbaH PresEPsI DiRi 

 
TanPA TEkaNAN Dan EMosi SebaGAi UsaHAwan MeLALuI PBC!!...






Sabtu, Februari 06, 2010

Habbatus Sauda

Habbatus Sauda’ merupakan sejenis tumbuhan semulajadi berbentuk rumput kecil. Ia mengeluarkan bunga berwarna biru atau putih dimana didalamnya terdapat biji Habbatus Sauda'. Tumbuhan ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan yang beriklim gurun.

Di dalam bahasa Arab ia dipanggil Habbatus Sauda, bahasa Inggeris dipanggil Black Seed, dalam bahasa Melayu ia dikenali sebagai Jintan Hitam manakala bahasa saintifiknya dipanggil Nigella Sativa.


Habbatus Sauda merupakan antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa singkat tanpa mendatangkan kesan sampingan. Ia juga dapat menguatkan antibodi yang sedia ada dalam tubuh badan.

 



Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati "
( Hadis riwayat Bukhari )

Sedikit info yang dipetik dari sumber blog mengenai Habbatus Sauda.
  1.  Menguatkan sistem kekebalan
    Berdasarkan hasil penilitian, jintan hitam dapat meningkatkan jumlah cells T yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Evektifitasnya hingga 72% jika dibandingkan dengan plasebo (hanya 7%). Dr. Basil Ali dan koleganya dari College of Medicine, di Universitas King Faisal, mempublikasikannya dalam jurnal Pharmasetik Saudi. Keampuhan ekstrak Nigella diakui oleh Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universitas Munich dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagai bioregulator. Dengan demikian, Nigella dapat dijadikan obat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanker dan AIDS.
  2. Meningkatkan daya ingat, konsentrasi, dan kewaspadaan
    Dengan kandungan asamlinoleat (Omega6) dan asamlinolenat (Omega3), Nigella merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. Nigella juga memperbaiki mikro (peredaran darah) ke otak dan sangat baik diberikan pada anak usia pertumbuhan dan lansia.
  3. Meningkatkan bioaktivitas hormon
    Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam peredaran darah. Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan gairah seksual. Salah satu kandungan Nigella adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.
  4. Meneutralkan racun dalam tubuh
    Racun dapat mengganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru, dan otak. Gejala ringan keracunan dapat berupa diare, muntah, pusing, gangguan pernapasan, dan menurunkan daya konsentrasi. Nigella mengandung saponin yang dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.
  5. Mengatasi gangguan tidur dan stress
    Sapion terdapat pada Nigella mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein, dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan keadaan keliling, gangguan tidur, dan dapat menghilangkan stress.
  6. Antihistamin
    Histamin adalah zat yang dilepaskan oleh jaringan tubuh yang memberikan reaksi alergi seperti pada asma bronchial. Minyak yang dibuat dari Nigella dapat mengisolasi dithymoquinone. Minyak ini sering disebut nigellone yang berasal dari Volatile Nigella. Pemberian minyak ini mendatangkan kesan positif terhadap pesakit asma bronchial.
  7. Dr. Med. Peter Schleincher, ahli immonologi dari Universitas Munich ia melakukan ujian terhadap 600 orang yang menderita alergi. Hasilnya cukup meyakinkan, 70% yang menderita alergi terhadap debu, serbuk, jerawat, dan asma sembuh setelah diberi minyak Nigella. Dalam praktiknya, DR. Schleincher mencadangkan Nigella kepada pesakitnya yang menderita in uenza.
  8. Memperbaiki saluran pencernaan dan antibakteria
    Nigella mengandung minyak atsii dan minyak volatil yang telah diketahui manfaatnya untuk memperbaiki pencernaan. Secara tradisional minyak atsiri digunakan untuk obat diare.
    Pada tahun 1992, Jurnal Farmasi Pakistan memuat hasil penelitian yang membuktikan volatile lebih ampuh untuk membunuh strain bakteri V Cholera dan EColi dibandingkan dengan antibiotik seperti ampicillin dan tetrasiklin.
  9. Melancarkan air susu ibu
    Koordinasi bagian lemak tidak jenuh dan struktur hormonal yang terdapat pada Nigella dapat melancarkan air susu ibu. Penelitian ini kemudian dimuat dalam literatur penelitian Potchestroom, tahun 1989.
  10. Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
    Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara alami, terutama pada musim hujan, anak­-anak akan mudah terkena batuk dan pilek. Kandungan Omega3, Omega6, dan Omega 9 yang terdapat pada Nigella merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak balita dan janin.
  11. Meremajakan sel-sel kulit dan menunda proses penuaan
    Kulit merupakan salah satu organ tubuh terluar yang penting. Fungsinya melindungi tubuh dari benturan sik,kuman,danjamur. Nigella sangat baik untuk menjaga kelembaban, kehalusan, dan keremajaan kulit.
  12. Nutrisi bagi lansia dan food suplement
    Kaya akan kandungan nutrisi sebagai tambahan energi sangat deal untuk orang yang berusia lanjut,terutama untuk menjag adaya tahan tubuh dan relativitas sel otak agar tidak cepat pikun. Nigella juga mengandung 15 macam asam amino penyusun isi protein termasuk di dalamnya 9 asam amino esensial. Asam amino tidak dapat di produksi oleh tubuh dalam jumlah yang cukup, oleh karena itu harus diperoleh dari makanan.
  13. Pada kongres kanker internasional di New Delhi pada musim gugur yang lalu, minyak Nigella diperkenalkan ilmuan kanker Immono Biology Laboratory, dari California Selatan. “Nigella sativa dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel kekebalan. Interferon-nya menghasilkan sel-sel normal terhadap virus yang merosak sekaligus menghancurkan sel-sel tumor dan meningkatkan antibodi.”

Jumaat, Februari 05, 2010

AWAS! PEMBUNUH SENYAP!

Apakah Bahaya Serangan Jantung?

Tahukah anda, penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia dan kebanyakan negara di dunia? Pernahkah anda terfikir, serangan jantung dan penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu wanita – hampir 5 kali ganda lebih tinggi berbanding barah payudara?




Apakah Gejala Serangan Jantung?

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia sering berlaku pada awal pagi ketika tidur, tetapi ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana saja, sama ada ketika melakukan aktiviti atau berehat.

Kira-kira 50% pesakit yang alami serangan jantung tidak mempunyai tanda awal. Bagi mereka, ini gejala pertama penyakit jantung koronari. Oleh itu, kita wajar mengetahui gejala serangan jantung iaitu :

* Sakit di dada. Jantung sebenarnya terletak di bahagian tengah dada dan bukan di kiri, tetapi sakit dialami sering membabitkan keseluruhan dada. Ia seperti satu cengkaman kuat atau perasaan berat di dada. Ia kadangkala merebak ke bahagian atas dada hingga ke leher dan gusi atau ke tangan kiri atau kanan.

* Simptom berkaitan yang mungkin berlaku ketika sakit dada adalah kesesakan nafas, berpeluh yang sejuk, rasa lemah badan dan pening.

* Ada segolongan pesakit yang tidak mempunyai gejala klasikal seperti di atas. Ada yang hanya mengalami kesesakan nafas atau sakit di bahagian lain di badan. Ada kes berlaku pesakit yang menghidap serangan jantung dihantar ke wad pembedahan kerana simptomnya yang ketara adalah sakit di perut. Ada pula kes yang mana pesakit pergi ke doktor gigi terlebih dulu disebabkan sakit gusi, tanpa rasa sakit di dada.

* Ada pula yang tidak mengalami kesakitan di dada atau apa-apa simptom. Ini sering didapati pada pesakit yang mengidap diabetes.

Kadangkala sukar untuk tahu sama ada gejala dialami adalah disebabkan serangan jantung, terutama mereka yang tidak mengalami simptom klasikal.

Jika tidak pasti, segera ke hospital berdekatan. Usah bertangguh untuk menjalani pemeriksaan. Ingat, setiap masa sangat berharga dan jika dibiarkan, ia boleh merosakkan jantung dan mengorbankan nyawa.

AWAS SEBELUM TERLAMBAT

Buah Zaitun

Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan


Khamis, Februari 04, 2010

Khasiat Bawang Putih

                                                                      
Nama botani : Allium sativum
 
Sejak beberapa kurun yang lalu, bawang putih sudah digunakan dalam perubatan kerana kualitinya itu. Seawal tahun 4500SM, Khnoum Khoufouf yang membina piramid dalam kurun itu adalah di antara orang terawal yang menemui khasiat bawang putih. Beliau telah mengarahkan semua pekerjanya mengambil bawang putih untuk meningkatkan kecergasan mereka. Selepas itu Hippocrates(460-357SM) mengesyorkan bawang putih digunakan dalam mengubati penyakit usus.
Bawang putih dipercayai dijumpai di Asia Tengah dan dengan itu telah digunakan secara meluas di China seawal 3000SM sebagai perencah masakan sehingga sekarang. Penggunaannya semakin meluas ke seluruh dunia – Oleh orang Mesir, Greek, Roman bagi tujuan yang sama. Sekarang bawang putih banyak ditanam di negara yang beriklim panas dan kering seperti di lembah Mediterranean, India, China, Kenya, Brazil dan beberapa buah negara lagi.


Analisis setiap 100 gm bahagian bawang yang boleh dimakan mengandungi secara purata:

KANDUNGAN
PERATUS
Kelembapan
62
Kabohidrat
29.8
Protin
6.3
Lemak
0.1
Mineral
1
Serat
0.8

Bawang putih mengandungi mineral dan zat seperti kalsium, kalium, fosferus, ferum, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin C dan lain-lain seperti sulfur, selenium. Bawang putih juga mengandungi phitokimia dan essential oil, allyl propyl disulfit, allicin, allisatin I dan allisatin II, semuanya amat berguna dalam perubatan.

Bawang putih juga membantu menurunkan tahap kolestrol dalam darah, mengawal tekanan darah, rawatan kanser, membantu penghadaman, mengurangkan sembelit, mengurang kesakitan akibat rheumatism, membantu dalam rawatan penyakit paru-paru(bronchial), membuang toksin, diguna oleh wanita untuk mengawal pertumbuhan dan infeksi yis dan berbagai-bagai lagi.




Rabu, Februari 03, 2010

Peringatan Dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM



Bahaya Gula


Bagaimana Gula Boleh Menjejaskan Kesihatan?

Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.

Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.
Gula dan kencing manis

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. diabetes

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). diabetes

Pecahan komplikasi kencing manis :

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat). 

diabetes


Selasa, Februari 02, 2010

Evening Primrose Oil

Apa itu EPO?

Mengandungi GLA yang membantu membunuh tumor (malignant which causes cancer atau benign)

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya  mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.

Khasiat minyak EPO:
Antara fungsi dan keberkesanannya adalah seperti berikut :-

  • Melegakan sklerosis.
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
  • Mengurangkan radang sendi otot.
  • menguatkan sistem imun .
  • Mengelak kulit daripada kering semasa proses Monopous .
  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

MELAMPAU!!

Assalammualaikum,
Sewaktu saya mencari info untuk entri tentang stevia semalam, pencarian saya menyeberangi ke satu ruangan yang menjijikkan. Tiba-tiba darah saya mendidih 100 darjah. Amat memualkan.
Sila klik:  http://beritamuslim.wordpress.com/

Bangkitlah dengan penuh kesadaran. Janganlah kita selalu lalai dengan pembohongan dunia yang diatur para laknatullah.

Rapatkan saf dan tentukan halatuju kerana HPA sebagai salah satu wadah perjuangan yang seringkali menyeru agar kita bersatu dalam melayarkan sebuah bahtera. Usah biar Islam terus diperlekehkan.

TAKBIR!!!

Isnin, Februari 01, 2010

Daun Gula Stevia

Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu.
 
Pokok renek berdaun bujur, manis yang dianggap alternatif gula ini diusahakan secara komersial di Kanada, India, China serta Russia.

Info
Nama saintifik : 
Stevia rebaudiana

Nama lain:
Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caahe-EE, kaa jheEE, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa.

Sinonim:
Eupatorium rebau-dianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honyleaf, Yaa Waan, Candy Leaf, Sugarleaf.

Famili :
Astereacea

Ciri-ciri stevia

* Pemanis semulajadi

* Menurunkan kadar gula dalam darah.

* Melawaskan kencing

* Menurunkan tekanan darah.

* Membunuh bakteria dan kulat.

* Membunuh virus.

* Mengurangkan keradangan.

* Membantu menurunkan berat badan.



Stevia berbunga cantik dan boleh membesar sehingga tiga meter.
Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan.