Rabu, April 29, 2009

PROGRAM CRC

Kelas Mingguan Bandar Baru Uda
1 Mei 2009 Jam 8.30 Malam
-Diadakan setiap hari jumaat


Kelas Mingguan Cawangan Kota Tinggi
3 Mei 2009 jam 3.00 petang
-Diadakan setiap hari ahad

PBC TS HOTEL (SCIENTEX) PASIR GUDANG
23 - 24 Mei 2009
RM 160 seorang utk 2 hari 1 malam
Hubungi
PJ Puan Rahmah - 017-7449892
PJ Ustaz Fauzi - 019-7970111
PJ Syed Helmi - 019-7034881
PJE En Khalid Salim - 012-7560331
PR Farah - 0197427421

PROGRAM PEMANTAPAN
Tempat - Cawangan HPA BBU
Tarikh - 14 jun 2009
Masa - 8.30 pagi - 1.30 tengahari
Bayaran RM 5.00 seorang (jamuan ringan)

PJS SYED AGEEL: Dimaklumkan juga, Program Pemantapan Lepasan PBC yang akan kita adakan, bertujuan memotivasikan semula ahli & melihat sejauh mana keberkesanan ilmu dlm pbc yg dipraktikkan. InsyaAllah....

Ahad, April 26, 2009

Kelas Mingguan Pertama Cawangan HPA BBU...

Alhamdulillah pada malam jumaat bersamaan 24 april 2009 telah selamat diadakan kelas mingguan yang pertama di Cawangan HPA Bandar Baru Uda. Dengan kerjasama CRC dan kakitangan Cawangan yang terlibat program tersebut telah dapat diadakan dengan cukup bersemangat dengan kehadiran hampir mencecah 30 orang.

Kelas dimulakan dengan tazkirah pendek yang disampaikan oleh penasihat CRC Tuan Syed Helmi yang menyuntik semangat para hadirin yang hadir.
Seorang bakal pemimpin yang berkarisma tinggi, berwibawa dan bersemangat merupakan barisan pengerak utama CRC, PJ Ustaz Fauzi sedang menyampaikan slot pengenalan syarikat.PL Rozali Suparthy menerangkan tentang gerakkerja dalam pelan pemasaran walaupun terdapat sedikit gangguan teknikal.



Slot perawatan dan pengetahuan produk oleh PJ Puan Rahmah Rahmat.




Semoga Langkah pertama dalam menggerakkan kelas mingguan akan berterusan dalam usaha menyampaikan segala ilmu dan maklumat bagi melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan yang berjaya dalam HPA...InsyaAllah...Semoga diberkati dan dipermudahkan Allah...Aminn...

Rabu, April 22, 2009

Miting Mingguan


Miting Mingguan di Cawangan Bandar Baru Uda
24 April 2009
Jam 8 malam - 10.30 malam
Penyampai Modul
Pengenalan Syarikat - PJ Ustaz Fauzi
Pengetahuan Produk - PJ Rahmah
Pelan Pemasaran - PL Rozali
Dijemput hadir kepada semua ahli HPA yang tinggal berdekatan atau di kawasan yang berhampiran. Akan diadakan setiap hari jumaat
Dibuka kepada semua.

Selasa, April 21, 2009

KPU TERUS GEGARKAN PBC PASIR GUDANG

KPU meneruskan perjuangannya di bumi Johor apabila berjaya menghadirkan seramai 110 peserta ke PBC yang diaadakan di TS Hotel (Scientex), Pasir Gudang pada 18 dan 19 APRIL yang lalu.


Menurut Pengarah PBC, PJ Rahmah Rahmat, PBC kali ini antara yang paling meriah dan mendatangkan kesan yang mendalam kepada para peserta. Kehadiran ramai PJS dari KPU dan KPA memberikan satu suntikan baru ke arah kecemerlangan HPA di selatan tanah air. HPA bakal bangkit di Pasir Gudang memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dari pemimpin dan pengedar.


Taklimat pemantau oleh PJI Syed Ageel


Semangat Pemimpin



Suasana PBC di TS Hotel, Pasir Gudang




Antara PJS yang hadir menyampaikan slot dan memberi motivasi niaga ialah PJM Ismail Othman, PJM Mohd Nadzri Ahmad, PJM Syed Salahuddin, PJM Rosmandi Ishak, PJM Siti Habibah Yusuf, PJI Syed Ageel, PJE Khalid Salim, PJE Puan Harja dan PJE Fauzani Ismail

Turut memeriahkan program PBC dengan kehadiran PJM Rosmandi

Peserta lelaki dan wanita terbaik



Gabungan pemimpin dari KPU dan KPA memberikan satu impak yang cukup besar kepada kebangkitan ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan bagi memastikan HPA akan terus cemerlang dan gemilang di bumi Johor.


Ahad, April 12, 2009

PBC PASIR GUDANG

PBC PASIR GUDANG 18 - 19 APRIL 2009
TS HOTEL (SCIENTEX) TAMAN SCIENTEX.

PARA PEMBENTANG :

1. PERASMIAN - PJM ROSMANDI
2. KENALI SYARIKAT - PJM SYED SALAHUDDIN
3. PLAN MARKETING - PJM ISMAIL OTHMAN
4. RADIX SATU PILIHAN - PJM MOHD NADZRI
5. PERAWATAN - PJM SITI HABIBAH
6. 6 M - PJS SYED AGEEL
7. HALAL HARAM - PJ USTAZ FAUZI
8. DEMO - PJE FAUZANI
9. QIAMULAIL - USTAZ NAZARUDIN
10. KULIAH SUBUH - USTAZ KATIMAN

Sabtu, April 11, 2009

Majlis Diskusi Di Cawangan HPA Kota Tinggi dan Bandar Baru Uda

Pada 8 April 2009 jam lapan malam bertempat di HPA Cawangan Kota Tinggi, telah berlangsung majlis diskusi bersama pemimpin yang membuka peluang kepada para peserta mengemukakan beberapa soalan mengenai hala tuju dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya di dalam perniagaan HPA bersama PJS Syed Ageel. Majlis berlangsung dalam suasana sedikit kekurangan kerana ruang bilik untuk program mingguan sedang diperbaiki. Namun demikian ianya tidak sedikitpun mematahkan semangat para peserta yang hadir.PJS Syed Ageel sedang memberi penerangan dalam salah satu sesi soal jawab.




Sebahagian peserta lepasan PBC bulan lalu turut mengambil peluang sama-sama mencedok ilmu yang diberikan. Semoga mereka dapat memanfaatkan segala panduan yang telah diberi sebagai memulakan langkah perjuangan.

Esoknya pula pada 9 april jam 8 malam telah berlangsung majlis yang sama di HPA Cawangan Bandar Baru Uda Johor. Majlis yang julung kalinya dianjurkan oleh CRC (Committee Radix Centre) di bawah naungan KPU telah mendapat isyarat awal yang baik dari ahli-ahli HPA di sekitarnya.


Timbalan Pengerusi CRC, PJ Ustaz Fauzi Mohd Yatim sedang menerangkan beberapa perkara yang menjadi tajuk utama di dalam topik perbincangan.



Turut diselitkan penerangan secara ringkas tetapi padat mengenai HPA kepada ahli-ahli baru yang baru mendaftar dan yang akan ke PBC (Program Perkongsian Bijak Cemerlang) pada 18 dan 19 April 2009 nanti.






CRC amat berharap semoga program yang diadakan akan berterusan sebagai satu wadah bagi setiap ahli HPA dikawasan sekitarnya menimba ilmu dalam memperjuangkan produk umat islam.




Sabtu, April 04, 2009

INFO TERKINI KONVEK DARI GM HPA

SALAM SEMUA WARGA HPA

Tiket Konvek akan di edarkan dalam waktu terdekat. Harga tiket konvek RM 50.00 ( termasuk tempat duduk dan lunch buffet). Satu tiket sah untuk seorang sahaja.Kanak-kanak tidak dibenarkan hadir kerana dari pengalaman kami ia akan mengganggu suasana.Sila dapatkan tiket selepas tarikh 15hb Apr ini pada PJS setempat.


Ends.....info dari blog KPU...Dari sumber blog GM HPA

Rabu, April 01, 2009

SYARAT PENAJAAN SEMULA YANG DIBENARKAN

Salam seluruh Pengedar...
Syarat penajaan semula adalah seperti berikut:

a) Ahli yang di daftarkan pada atau sebelum 2003.
b) Tidak aktif (tidak pernah membuat pembelian sejak 2003 hingga sekarang)
c) Buat surat permohonan ke MIS. Insyallah HPA akan luluskan

Ends.......info dari http://gmalwahida.blogspot.com