Isnin, Mac 30, 2009

Program CRC Sepanjang April 2009

Diskusi Bersama Pemimpin
8 April 2009
Cawangan Kota Tinggi. Jam 8.00 mlm - 10.00 mlm

9 April 2009
Cawangan Bandar Uda. Jam 8.00 mlm - 10.00 mlm

Program Kenali HPA
17 April 2009
Dewan Felda Bukit Aping Kota Tinggi
Jam 4.00 ptg - 6.00 ptg

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)
18 - 19 April 2009
TS Hotel Scientex, Taman Scientex Pasir Gudang Johor.
Bayaran RM 160 Seorang. Terbuka kepada semua ahli HPA
Hubungi Talian 017-7449892 PJ Rahmah Rahmat.

Isnin, Mac 23, 2009

KURSUS KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM ANJURAN KPU

Kursus yang diadakan sehari pada 22 Mac 2009 di Pusat Jualan HPA Padang Temusu, Sungai Petani telah melayakan seorang peserta dari Committee Radix Centre (CRC) PJ Rahmah Rahmat sebagai salah seorang yang terpilih. Kursus yang dianjurkan oleh Kelab Pemimpin Utara (KPU) bertujuan melahirkan pembentang modul saraf tapak tangan yang mahir dan berkualiti dalam menyampaikan ceramah dalam setiap Program PBC.

Pembimbing utama dalam kursus kali ini ialah PJS Hajah Sharifah Sulaiman, PJS Ustaz Mohd Zahir dan PJS Sabri Ahmad. PJS Hajah Sharifah Sulaiman sedang memberi penerangan tentang teknik-teknik yang betul kepada para peserta sebagai persediaan untuk menjadi seorang penceramah.Peserta juga didedahkan dengan slot-slot tertentu dan kaedah penyampaian yang berkesan.



Seramai 20 fasilitator yang terpilih bukan sahaja diajar teknik, kaedah dan tatacara sebagai seorang penceramah atau penyampai slot malah mereka juga menjalani ujian pratikal dengan dibantu oleh beberapa juri berpengalaman.



Kursus yang berakhir jam 7 petang itu memberi banyak manfaat kepada peserta yang hadir dari seluruh negara malah mereka inilah bakal pemimpin dan penceramah yang akan mengambilalih teraju utama sebagai penceramah atau penyampai slot dalam setiap PBC anjuran KPU. InsyaAllah...

Isnin, Mac 16, 2009

Sabtu, Mac 14, 2009

CRC, Demi Satu Kesungguhan Dan Satu Perjuangan...Pasir Gudang...Ampang.

CRC, Committee Radix Centre terus mengorak langkah dalam program-program PBC dan juga seminar serta kelas ilmuan bagi membuka kesedaran umat islam khususnya mengapa kita harus bersama HPA.

Pembakar semangat. PJS Ismail Othman, PJS Nadzri Ahmad dan PJS Syed Ageel sentiasa menjadi pendorong utama. Usaha dan kesungguhan mereka bermula dari program PBC yang pertama anjuran CRC di selatan sehingga sekarang amat dihargai. CRC terus mengorak langkah di celah-celah duri yang menikam kaki.


HPA adalah harapan maka menjadi satu tanggung jawab dan satu amanah untuk disampaikan kepada semua bahawa kita juga mampu bersaing di peringkat global dan mampu melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya di dalam HPA kerana ianya telah dibuktikan dan bukan sekadar hanya kata-kata.


Program-program yang di adakan sentiasa mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi.


Barisan pemimpin bersama-sama GM Tuan Faisol sewaktu PBC di Pasir Gudang


Tak kenal maka tak cinta...The killer product..


Siti Ibtihal Wafa sentiasa aktif menghantar peserta di PBC Ampang. Bersemangat dan menunjukan kesungguhan yang tidak berbelah bagi...HPA Satu Perjuangan..

CRC berharap akan dapat melahirkan barisan pemimpin-pemimpin yang sentiasa berkesungguhan dalam HPA


Bakal menggegarkan dunia MLM dengan membawa amanah dari HPA sebagai wadah perjuangan ekonomi umat islam


Ceria bersama PJS Siti Habibah PJS Aseniah Badri dan PJS Suhaiza

PJS Asri, PJS Aseniah, PJS Syed Ageel dan PJS Suhaiza berserta pemimpin dari Pasir Gudang dalam salah satu program PBC di Selatan.Semoga setiap yang ingin disampaikan akan mendapat keredaan dan di permudahkan segala urusan.

Selasa, Mac 10, 2009

Menggarap Satu Perjuangan

Alhamdulillah pada 8 mac 2009 CRC telah berjaya menyempurnakan Program Mengapa Harus Bersama HPA di Cawangan HPA Pasir Gudang. Dengan sambutan yang amat mengalakkan diharapkan program tersebut telah dapat membantu meningkatkan kefahaman dan menyuburkan lagi semangat perjuangan di kalangan peserta-peserta yang hadir. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada PJS Syed Ageel dan PJS abang Joe yang bermusafir selama seminggu tanpa henti merentasi utara selatan timur dan barat semenanjung demi menggarap satu perjuangan.

Wajah seorang pemimpin yang berkarisma tinggi...PJS Syed Ageel sedang tekun membuat persedian sebelum program berjalan.

Gandingan adik dan abang..PJ Syed Helmi sedang memberikan beberapa panduan dan kata-kata nasihat.

Membuktikan usia bukan satu penghalang jika benar-benar berkeyakinan..Hendak Seribu Daya

Bersemangat tinggi. Semoga ilmu yang dicurahkan akan memberi seribu manfaat buat semua.

Sebahagian peserta tekun mendengar modul yang sedang disampaikan dan memberi sepenuh tumpuan.

Wajah-wajah ceria staf-staf di cawangan Pasir Gudang yang sentiasa bersedia memberi khidmat dan mencurah tenaga tanpa mengira masa.

Berlangsung juga di hari yang sama pada sebelah malamnya program penerangan HPA di Taman Pelangi Jementah. PJ kak Rahmah sedang menerangkan tentang ilmu pemahaman produk.

Dalam satu sesi penerangan dan soal jawab bersama PJS Syed Ageel.

Semoga sentiasa beroleh keberkatan buat orang-orang yang berkesungguhan dalam perjuangan..terima kasih kepada EN Yunus dan isteri Puan Zarina Rahmat serta keluarga untuk program di Jementah..Jasamu dikenang.

Sabtu, Mac 07, 2009

ROC sudah beroperasi


Radix Oriental Cuisine telah pun memulakan operasi sepenuhnya 4hb March 2009 dan kehadiran pelanggan diluar jangkaan. Pada malam hari, Pengarah Urusan telah menjemput semua badan pengurusan kumpulan perniagaan HPA untuk hadir makan malam di ROC dan Pengarah Urusan telah membuat sedikit ucapan alu-aluan dalam majlis tersebut. Surah Al-Fatihah dibacakan untuk memohon keberkatan keatas perniagaan baru kita ini. Moga-moga usaha kerdil yang kita lakukan ini bagi membantu menyelesaikan permasalahan ummah akan diberkati, diredhoi Allah dan dikira sebagai amal soleh disisi-Nya. Amin.

PJS Aseri bersama En.Roslan (Pengurus Akaun HPA HQ Sg.Petani)


Tetamu Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Hj.Ahmad sedang mencuba masakan di ROC

...sumber KPT.