Isnin, Mac 29, 2010

PBC CRC PEMANGKIN KECEMERLANGAN HPA JOHOR

Program Perkongsian Bijak (PBC) yang diadakan pada 27-28 MAC 2010 di TS Hotel Scientex Pasir Gudang menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan dan kegemilangan HPA di Johor. Ini kerana, PBC yang dianjurkan oleh Comitte Radix Centre (CRC) Pasir Gudang adalah hasil gabungan pemimpin dari KPS, KPA, KPU dan KPT.

Setiap kali PBC dianjurkan pada setiap bulan, beberapa pemimpin dari kelab -kelab tersebut akan hadir untuk mengisi slot yang diamanahkan. PBC pada kali ini dihadiri seramai 50 peserta. Beberapa pemimpin hadir menyampaikan slot. Mereka ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Khalid Salim dan PJS Syed Ageel Syed Mahayadin. Menurut Pengarah PBC, PJE Rahmah Rahmat, PBC kali ini dibantu oleh beberapa fasilitator tempatan yang berpengalaman.



Sebelum itu, pada 26 MAC, jam 9.00 malam telah diadakan Program Pemantapan di tempat sama. Program ini dihadiri hampir 56 peserta. Paling menarik ia dihadiri oleh beberapa pemimpin lama yang bertangunggjawab membawa HPA ke Johor. Mereka ialah PJE Abdul Rahim (Cina). PJS Abdul Rahim Mutawwil dan PJE Mokhlas. Program disampaikan oleh PJS Ismail Othman dan PJS Mohd Nadzri Ahmad.
































Tiada ulasan: