Jumaat, Julai 31, 2009

JOM KE PBC!!!



JOM KE PBC!!!! o1 - 02 Ogos 09

TS HOTEL TAMAN SCIENTEX PASIR GUDANG (
Jgn salah alamat lakss)..

JANGAN DATANG SORANG-SORANG TAU...
BAWA SAHABAT ATAU KENALAN ATAU SAPA2 JER UNTUK KEMBANGKAN JARINGAN...AKTIFKAN GERAK KERJA ANDA SEKARANG!!!!!!

1 2 3....MULAAA!!!!!

PJM SYED AGEEL : ANAK MUDA YANG GIGIH BERJUANG



TERSENARAI TERBAIK 20 HPA MALAYSIA (TOP 20). PEMIMPIN YANG LAHIR DARI PROGRAM PBC.

Untuk berjaya dan menjayakan orang lain, bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu banyak sabar, banyak pengorbanan, rela menempuh kepayahan dan perlu bersedia mengharungi duri dan ranjau. Dalam usia yang terlalu muda bersama HPA, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin telah membuktikan kepada kita semua bahawa jika bermula dengan niat yang betul, dilakukan dengan cara yang betul, pasti hasilnya akan berlipat kali ganda. Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin dan cetusan semangat kepadanya:

“ Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.

Anak muda kelahiran Pulau Pinang ini mula menceburkan diri bersama HPA pada Ogos 2006. Walaupun pada peringkat awalnya beliau tidak mempercayai system MLM ini, namun lama- kelamaan beliau makin bertambah yakin dan nampak peluang yang terhidang di hadapan. Kesan dari Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC ) pada Oktober 2006 di Sungai Petani menjadikan PJS Syed Ageel semakin hari semakin bersemangat untuk berjuang dan bergelumang dengan dunia barunya, HPA.

Menerima Anugerah Pengarah Jati Mahkota (PJM)

PJS Syed Ageel sanggup berhenti kerja. Beliau melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008 semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perjuangan HPA. Ramai kawan-kawan mengatakan beliau tersilap dan “sudah gila”. Jawatan besar dan pendapatan yang lumayan sanggup ditinggalkannya. Sebagai seorang yang berprinsip dan tegas, PJS Syed Ageel mula menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang. Beliau menggempur HPA habis-habisan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.

Anugerah Terbaik 20 HPA Malaysia (TOP 20) mengerjakan IBADAH HAJI

Daripada seorang yang pemalu dan pendiam, malah kurang bercakap, akhirnya PJS Syed Ageel mula bertukar watak dan sifat. Beliau keluar ke tengah-tengah masyarakat dengan membina jaringan dari Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Kedah malah beliau berkelana hingga ke Negara Brunei Darussalam, Medan dan Palembang di Indonesia.

Sentiasa bersama isteri tercinta, PJS Suhaiza Rusli

Dalam tempoh dua tahun sahaja, PJS Syed Ageel berupaya mencipta kejayaan dengan memperoleh pendapatan bulanan 5 angka sebulan. Bukan itu saja, beliau juga telah dinobatkan sebagai TOP 20 HPA dalam KONVEK ’09 yang lalu dan meraih anugerah mengerjakan IBADAH HAJI ke Tanah Suci Kota Mekah. Kini namanya sudah sebaris dengan nama-nama besar yang lama dalam HPA. Beliau merupakan Pengarah Jati Mahkota (PJM) dan tersenarai dalam 20 pemimpin terbaik HPA Malaysia bagi tahun 2008-2009.


Gambar kenangan bersama rangkaian dari Pasir Gudang Johor

Sesungguhnya anugerah yang diterimanya itu, adalah layak dan setimpal dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukannya. Beliau cukup gigih dalam membina rangkaian. Telinga sudah tebal dengan sindiran dan cercaan. Namun beliau tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Semangatnya kuat, jiwanya kental dan beliau sangat prihatin dan positif kepada rangkaiaannya. Malah beliau merupakan idola kepada semua rangkaiannya sama ada di Malaysia, Brunei dan juga di Indonesia.

Tahniah PJS Syed Ageel.



Sumber blog KPU...Ends......nukilan PJM Ismail Bin Othman

Rabu, Julai 29, 2009

JANGAN SEKALI-KALI TERLUPA

PERJUANGAN BELUM SELESAI



Antara Yang Terbaru


PEK PAPAN BARU....Kopi Radix yang terkenal dengan iklannya 'Mai Secawan...' dalam TV3 dan TV9 merupakan minuman tenaga khasiat 7 herba. Perkataan Radix diambil dari bahasa botani yang membawa maksud akar kayu yang memberi tenaga. Salah satu daripada 7 herba ini ialah Akar Tongkat Ali. Ada 2 jenis Tongkat Ali. Pertama Tongkat Ali Puteh atau dalam bahasa botaninya Eurycoma Longifolia dan satu lagi Tongkat Ali Hitam atau dalam bahasa botaninya Polyalthiya Bolata. HPA menggunakan Tongkat Ali yang telah mendapat paten antarabangsa iaitu Eurycoma Longifolia.
Menurut kajian MARDI, Eurycoma Longifolia yang boleh digunakan untuk tujuan kesihatan ialah Pokok Tongkat Ali yang berumur 7 tahun keatas. Tetapi HPA menggunakan pokok Tongkat Ali Puteh yang berumur lebih 20 tahun. Warnanya kekuningan yang menggambarkan ianya benar-benar matang. Pokok Tongkat Ali yang berumur 20 tahun keatas ini akarnya menjunam hingga kelapisan tanah yang ke 4. Lapisan tanah keempat dikawasan iklim khatulistiwa, lebih-lebih lagi dari jenis tanah Siri Choping di Perlis ianya sangatlah subur dimana pelbagai jenis mineral semulajadi terdapat didalamnya. Antaranya Kalsiam dan Magnesiam selain Zinkam dan Fosforus.

Kalsiam semulajadi dari Akar Tongkat Ali ini kadar serapannya jauh lebih tinggi berbanding kalsiam dari susu lembu dari berbagai jenama. Ini disebabkan susu mengandungi laktos yang memerlukan enzim laktase untuk melarutkannya. Jika tubuh kita kurang atau tiada enzim laktase ketika kita mengambil susu, maka zat kalsiam tidak dapat diserapkan kedalam tubuh kita. Malah susu itu akan menjadi masam, maka berlakulah proses asidosis dimana tubuh akan mengambil kalsiam dari tulang dan gigi. Sedangkan kalsiam tumbuhan khususnya dari akar Tongkat Ali ini bersifat alkali. Oleh itu jika kita menjadikan Kopi Radix ini sebagai amalan, insyaAllah tubuh kita mendapat bekalan kalsiam semulajadi yang bersifat alkali dimana penyerapannya kedalam tubuh menjadi mudah.

Akar Tongkat yang HPA gunakan ini juga bersifat Afrodisiak iaitu rangsangan tenaga seksual. Pada tahun 2003 Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Chua Joo Ming ada membuat kenyataan bahawa kebaikan Tongkat Ali berbanding dengan Ginseng ialah 7 kali ganda sumber tenaga segera. Ini telah menggugat pasaran Ginseng di Malaysia malah negara jiran iaitu Singapore telah mengharamkan kemasukan Tongkat Ali ke negaranya. Sebab itu tidak hairanlah kemaraan Radix kini cuba disekat oleh pelbagai pihak. Antaranya isu daun ketum, isu kopi tiruan, isu masalah buah pinggang, isu 'syer dengan orang Cina... dan sebagainya lagi.

Secara umumnya ada 3 kekuatan Kopi Radix

1. Sumber Tenaga Segera.

2. Menguatkan Daya Ingatan kerana ianya bersifat kardiotonik
3. Melihara Organ Reproduksi.




.......Sumber blog Sobhihpa



KOPI DIET

Kopi diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi , gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan.

Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi. Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet.

Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. InsyaAllah.

....Sumber blog Pentadbiran Zon Selatan

Selasa, Julai 28, 2009

SENARAI PENUH TOP 20 HPA MALAYSIA 2008-2009

TOP 20 dipilih berdasarkan BONUS yang diterima dan juga memenuhi syarat dan kriteria dalam INSENTIF C : KATEGORI I, KONVEK 2009...berikut disenaraikan mengikut urutan no daftar keahlian HPA....


1. 000002 : NORHAYATI BIN YUNUS (Selangor)
2. 000014 : MOHD NADZRI BIN AHMAD (Kedah)
3. 000286 : ROSMANDI ISHAK (Kuala Lumpur)
4. 001991 : CHE ABD RAHMAN BIN CHE OMAR (Kelantan)
5. 002550 : HADFIZAN BIN FAUZI (Selangor)
6. 003458 : AMINAH BT SAM (Negeri Sembilan)
7. 014605 : ZAHARAH BT MAT ZAIN (Kedah)
8. 017390 : SITI ZAWIYAH@NOR ZAKIAH ABD RAHMAN (Kelantan)
9. 019195 : ISMAIL BIN OTHMAN (Kedah)
10. 025053 : MOHD SHAFIE BIN TASIRON (Johor)
11. 031716 : SHARIFAH SULAIMAN (Kedah)
12. 041362 : MURAD BIN ABU BAKAR (Selangor)
13. 045875 : MOHD ZAHIR BIN GHAZALI (Kedah)
14. 049750 : SABRI BIN AHMAD (Kedah)
15. 049956 : SITI HABIBAH YUSOFF (Selangor)
16. 085867 : KHALID BIN ISHKRI (Selangor)
17. 108524 : AZIZAN BIN AHMAD (Kedah)
18. 111252 : JAAFAR BIN ABDUL GHANI (Pahang)
19. 111801 : MOHD RAMIZU BIN ABDULLAH (Kelantan)
20. 281680 : SYED AGEEL SYED MAHAYADDIN (P.Pinang)

TAHNIAH...Teruskan Perjuangan

Ends....sumber blog KPU dari sumber AWM HPA

Ahad, Julai 26, 2009

KONVEK 09 ILTIZAM DALAM PERJUANGAN



PENAUNG CRC MARA KE TOP 20...TAHNIAH DAN SYABAS kepada PJM Syed Ageel dari kami seluruh warga Committee Radix Centre..

Photobucket

Satu anjakan paradigma bagi setiap yang ingin mengambil langkah positif untuk mara sebagai usahawan HPA yang berjaya.








Ucapan setinggi tinggi tahniah juga kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Committee Radix Centre PJ Rahmah dan PJ Ustaz Fauzi Md Yatim atas peiktirafan Pengarah Jati serta PJE Khalid Salim dan PJE Roslina Hashim untuk Pengarah Jati Emas. Semoga beroleh segala keberkatan Allah dipermudahkan segala urusan dalam memikul tanggungjawab sebagai Mujahid dan Mujahadah HPA...Amin.

Selasa, Julai 21, 2009

MENYUNTIK MINDA - BERSAMA CK


Bisik, Hati Berbisik

Khabarkan pada kelmarin
bilur waktu tidak pernah mematikan
setiap langkah dalam perjalanan
ketika kaki tersadung
dihambat percaturan

hati masih di sini
berona kalam takdir
andal resahku tidak lagi berpaling
merengkuh semangat

khabarkan pada esok
fatamorgana cuma mimpi penghias birai hari
sedang ufuk tidak pernah berjanji
akan terpanggilkah saatku yang terlena
bila jaga di jemput siang

Tuhan!
pinjamkan aku,sedikit dari waktu waktu-Mu

Ahad, Julai 19, 2009

PBC TS HOTEL SCIENTEX BAKAL BERGEGAR LAGI...

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di TS Scientex Hotel, Pasir Gudang bakal bergegar lagi pada 01 dan 02 OGOS 2009.

Menurut Pengarah Program, PJ Rahmah Rahmat, PBC pada kali ini bakal menampilkan beberapa lagi tokoh hebat dari Utara dan Pantai Timur Semenanjung. Antara yang bakal
dijemput hadir ialah PJS Suhaiza Rusli, PJM Syed Salahuddin, PJM Syed Ageel (KPU), PJS Ustaz Sofuan (KPA), PJS Ustaz Mohd Kamal (KPT) dan beberapa orang pemimpin tempatan. Antaranya PJS Roslina Hashim dan PJE Khalid Salim


Kepada sesiapa yang berminat hadir, bolehlah mendaftar dengan menghubungi Pengarah PBC, PJ Rahmah Rahamat di talian 017-7449892. PJS Roslina di talian 013-7226865. PJE Khalid Salim di talian 012-7560331.Yuran dikenakan sebanyak RM160.00 sahaja.


Rabu, Julai 15, 2009

MEMBAWA MISI HPA KE PENGKALAN TLDM TANJUNG PENGELIH

Pada tanggal 14 Julai 2009 pengarah Committee Radix Centre, PJ Rahmah Rahmat telah dijemput untuk membuat penerangan khas mengenai HPA di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia TLDM Tanjung Pengelih Kota Tinggi. Terletak di penghujung tanjung melepasi Desaru perjalanan membawa Misi HPA berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.



Berlangsung di Rumah Bakat dengan kehadiran 63 anggotanya majlis berlangsung dengan cukup santai dan ceria. Kesudian Pengerusi Bakat Puan Faridah Hanim untuk hadir memberi sokongan merupakan pembuka ruang untuk pendekatan HPA menembusi Pengkalan TLDM ini yang banyak menyimpan Visi di kalangan anggotanya untuk dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti berfaedah.

Menyampaikan ilmu melalui demo merupakan cara yang amat menarik minat setiap angota Bakat yang sentiasa positif dengan setiap penerangan HPA yang disampaikan.

PJ Rahmah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Puan Faridah Hanim dengan diperhatikan BK TMM Nasrul sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sambutan baik yang diberikan dengan harapan HPA akan berkembang dan melebarkan layarnya di Pengkalan sebagai satu perjuangan tanpa sempadan.

Jumaat, Julai 10, 2009

PENDAFTARAN PBC 01-02 OGOS DIBUKA SEKARANG..

PBC TS HOTEL 01-02 OGOS 2009....PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG...
TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI HPA...BAYARAN RM 160.00..
KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN.. JADILAH USAHAWAN HPA YANG BERMISI DAN BERVISI..HADIR SEBAGAI PESERTA ATAS DASAR TANGGUNGJAWAB DAN MEMIKUL AMANAH ALLAH...HPA SATU PERJUANGAN.......

SILA HUBUNGI PJ RAHMAH - 017-7449892

Isnin, Julai 06, 2009

MENCARI ILMU DAN BERKONGSI PENGALAMAN DI PBC KEPALA BATAS PULAU PINANG

Satu perjalanan yang tak terjangkakan dalam memungut erti sebuah perjuangan dalam berkongsi harapan, berkongsi ilmu, menimba pengalaman serta menambah kemahiran di Program Perkongsian Bijak Cemerlang, Hotel Seri Malaysia Kepala Batas Pulau Pinang bermula dari terbit fajar 4 julai sehingga petang 5 julai 2009 yang melakar seribu kenangan dalam membena kekuatan dan mendidik semangat...Buat pengarah bagi Committee Radix Centre, PJ Rahmah Rahmat.



Kehadiran peserta seramai 180 orang membuktikan bahawa HPA di Pulau Pinang sedang mengorak langkah ke arah kecemerlangan sebagaimana yang berlaku di Sungai Petani dan Lembah Kelang.

Paling menarik dalam PBC pada kali ini ialah kehadiran peserta dari seluruh negara. Ia membabitkan rangkuman menyeluruh komitmen semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan pemimpin utama dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Selain dari Pulau Pinang dan Kedah, peserta-peserta juga datang dari Johor, Selangor, Perak, Terengganu, Kuala Lumpur dan Pantai Timur Semenanjung. Hadir sama sebagai peserta ialah 10 pelajar tahfiz dari Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor.

Selain itu, semua penceramah yang menyampaikan slot terdiri daripada pemimpin-pemimpin HPA yang telah berjaya di dalam dunia perniagaan MLM (S) HPA. Antaranya PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJM Mohd Nadzri Ahmad, PJM Ismail Othman, PJM Noreda Hamid, PJM Syed Salahuddin Syed Mahayadin, PJM Sharifah Sulaiman dan PJM Azizan Ahmad (Presiden KPU).

PBC kali ini juga dibantu oleh fasilitator terlatih dan berpengalaman. Antaranya ialah PJS Muzlina, PJS Suhaiza, PJS Rohani, PJ Rahmah (CRC Pasir Gudang), PJ Wafa (Ipoh), PJ Johari, PJ Othman, PJ Cikgu Shikh, PJ Cikgu Ariff, PR Borhan, PL Azman, Salleh Azmi, Roshhidee, Redzednan Wahab, Fadlina, Norwaheeda dan Balkhis.

Apapun, kejayaan PBC Kepala batas pada kali ini terletak di tangan dua orang pengarahnya, iatu PJM Syed Ageel dan PJS Zanbli. Mereka merupakan penggerak dan pendokong serta pendorong utama ke arah kejayaan PBC yang dianjurkan. Gandingan mantap serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh kedua-dua tokoh muda ini menjadikan PBC Kepala Batas antara yang terhebat di Zon Utara.

Sesungguhnya Ya Allah seandainya langkah ini adalah suatu yang tersurat maka Engkau perjelaskanlah segala yang tersirat agar dapat Engkau permudahkan segala urusan dan perkerjaan dalam ertikata sebuah perjuangan....Maka,Ya Allah... Engkau berikanlah kepadanya ketetapan iman dan kesabaran semoga setiap langkahnya sentiasa dalam keberkatan dan kasih sayang-Mu...


GM HPA LANCARKAN JIHAD BASMI "MASTER RADIX"

JIHAD MEMBASMI KOPI PALSU MASTER RADIX

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini beberapa langkah akan di ambil segera.


1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)

2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)

3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA).

4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)

Lokasi Batu Kurau: "Semakin berani" "buat promosi lagi" , "ADA BAJU SERAGAM"
AYUH WARGA HPA SEKELIAN. SEKIRANYA ANDA TERJUMPA PRODUK MASTER RADIX DI WARUNG ATAU KEDAI RUNCIT BERKATA KEPADA MERAKA BAHAWA INI PRODUK PALSU !!!!!!!!!!
Sumber dari blog KPU...

Rabu, Julai 01, 2009

PBC TS HOTEL 27 - 28 JUN 2009

PBC TS HOTEL 27 - 28 JUN 2009

Alhamdulillah dengan kehadiran seramai 68 peserta Program Perkongsian Bijak Cemerlang di TS Hotel Scientex Pasir Gudang telah selamat diadakan dengan jayanya. Dengan menerima maklum balas yang rata-rata berpuas hati dengan kelancaran pengurusan dan pengisian program adalah tidak menjadi sesuatu yang mengejutkan bila satu hari nati HPA membuka kegemilangan baru dalam meneroka satu perjuangan tanpa sempadan di selatan.

Terdiri dari barisan pembentang yang berwibawa dan berkarisma di sini di tuliskan semula beberapa komen yang diterima dari bekas para peserta.

" suka sangat dengan orang rumah Syed Ageel (rujuk kepada PJS Suhaiza Rusli) dia mengajar tertib. Senang faham. Suka cara dia mengajar " - Kak Ramah Md Tab

" Ustaz Zahir orang yang banyak ilmu..rugi kalau orang tak ambil peluang. Selepas dengar apa yang disampaikan oleh beliau saya rasa nampak semua depan mata apa yang saya nak kena buat " - Zul

" Gelihati tengok Ustaz Safuan sampaikan radik satu pilihan. Lain dari yang lain tapi best! " - Selamah Wagiman.

" En Khalid ( rujuk kepada PJE Khalid Salim yang menyampaikan modul Pengenalan Syarikat) memang pandai cakap sebab tu dia boleh tarik orang sampai 40-50 orang datang PBC " - Yus

Walau bagaimana pun PJS Syed Ageel tetap menjadi nadi pengerak utama yang sentiasa dinanti-nantikan kerana hampir semua komen menyatakan " Syed Ageel paling best! buat orang tak mengantuk!"...

" Mak cik paling suka Qiamulail dengan kuliah subuh. Ustaz yang bawak tu pandai yek..? Kursus ni tak sama macam kursus lain " - Mak cik Nor

Qiamulail telah dipimpin oleh Ustaz Noor Effendi dan Kuliah subuh serta bacaan Al-mathurat oleh PJ Ustaz Fauzi Md Yatim.

Tahniah kepada semua warga CRC yang terlibat. Pengarah Program PJ Rahmah Rahmat dan urusetia dan Setinggi ucapan terima kasih kepada para pembentang modul yang berjaya menyentuh naluri hati para peserta. Semoga impak yang mendatang nanti adalah kelahiran para usahawan HPA yang berani maju dan berjuang dengan penuh istiqomah dalam menentukan kebangkitan dan pengukuhan ekonomi umat islam melalui HPA sebagai satu wadah.