Seorang Anbakri
Sorrow is asleep;wake it NOT !
“ You can discover more about person in an hour of play than in a year of conversation” – Plato quotes. Percakapan tidak habis.Boleh berpusing(baca terpusing), berputar(baca terputar) dan melompat-lompatlah(baca terlompat-lompatlah). Dalam banyak hal, aku cuma gemar memerhati telatah dan hujung jatuh lisan orang-orang demi mengasingkan antara padi dan lalang.Mungkin orang tak terperasan tentang itu sedangkan aku cukup gemar memantau dan memerhatikan tingkah laku. Konsistan? Tupai? Landak? Mr. Fox? Keldai atau badak sumbu? Semua ini ada dihurai panjang lebar dalam ilmu antropologi, sosiologi dan psikologi.Inilah pentingnya pengajian akademik yang dilalui oleh orang yang mengaji dalam kuliah dan tutorial secara sistematik.Disiplin ini tak salah aku dinamakan behavioural sciences.Dalam keadaan ini, rupanya tidak sedikit manusia yang tidak menjalani proses pendewasaan yang "structured" dan sedar diri yang kita semua ini adalah makhluk.Sorrow is asleep;wake it NOT !
Kita bermula dengan keadaan yang serba lemah. Ini termasuklah aku.Sedar tentang inilah, manusia yang tidak ditindih perasaan tidak mudah lupa asal kejadian.Dari jahil, dia mencari ilmu. Dia berguru. Dia ditegur dan menegur. Dia membesar dalam tahu.Dia tidak mudah mendabik dada. Dia lebih banyak tunduk dari membuka dada yang tidakpun sampai sebesar dua jari.
Ini lebih-lebih lagilah benar apabila aku(katakan), tidak ada kelayakan akademik dan serba kekurangan dalam pelbagai segi.Kalaulah aku(katakan) sekadar memiliki sijil asas SPM; itu tersangatlah biasa. Sabda Nabi SAW,"Sesungguhnya Allah SWT mewahyukan, agar kamu merendah diri, sehingga seseorang kamu tiada membesarkan diri ke atas yang lainnya."
Lihat Bimbingan Mukmin halaman 297).ada perkiraan akhir, manusia itu dapat dinilai dari segi daftar kata-kata dan tinggalan perbuatan.Inilah pun, apa yang akan diadili di Yaumul Mahsyar.Sijil dan ijazah tidak penting. Demikian juga dengan Masters atau Phd. Cakar-cakar perbuatan amat berkait dengan kebenaran dan keikhlasan serta iqrar dan amanah; itulah nilai dan ukuran sebenar insan atau disebut harga diri atas seseorang. Jika tidak, dia non insan. Habis? Tak tahu lah.Itu sebenarnya. Lembu dipegang pada tali. Manusia dipegang pada janji. Inilah pun apa yang sering diulangi oleh mana-mana penceramah. Ia disebut istiqomah.Ini berbeda dengan degil kerana degil itu disandarkan kepada pendirian yang batil.Ia nafsu seratus peratus.Walaupun salah tetapi masih enggan berganjak - maka itu dipanggil degil atau dalam bahasa di tempat aku disebut "babir". Ini lain dari istiqomah.Sepanjang berkawan dengan pelbagai makhluk hampir setengah abad, aku cukup yakin dengan kata-kata Plato di atas.Ini lebih-lebih lagi benar apabila Imam al-Ghazali menyebutkan pula sebegini:
"Jangan sampai keadaannya berubah dalam perhubungan dengan sahabatnya andaikata ia mendapat pangkat, atau luas pengaruhnya, atau tinggi kedudukannya.Meninggikan diri ke atas rakan-rakan kerana sebab-sebab tersebut tadi adalah sifat yang tercela. Lihat apa kata penyair dalam maksud ini.
-Manusia budiman, bila dalam kemewahan sentiasa teringat kawan yang bersamanya dalam rumah yang buruk-
Selanjutnya, hendaklah kamu ketahui, bahawasanya pengertian keunggulan itu bukanlah bila kamu menyetujui rakan kamu menjejaki jalan batil dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama yang suci malah hendaklah kamu menentangnya dan menasihatinya kerana Allah".
(Baca Bimbingan Mukmin,halaman 288).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan