Isnin, Februari 08, 2010

Menyusuri Jejak Perjuangan

Berani Untuk Gagal
Formula yang membuahkan kejayaan

PJM Syed Ageel Syed Mahayadin merupakan sebuah nama yang begitu sinonim dengan setiap siri PBC anjuran Committee Radix Centre (CRC) di selatan. Penaung yang disegani dan disayangi oleh seluruh  warganya merupakan pemimpin kelahiran PBC November 2006. Tdak pernah jemu menyusun hierarki perjuangan dalam memertabatkan HPA sebagai pilihan yang tepat melalui keyakinan dan gerak kerjanya dan menjadi idola kepada setiap rangkaian beliau yang ada di serata tanahair.
 


Ketika menghabiskan percutian dua minggu bersama keluarga di Sweden

Motivator muda yang sentiasa optimis dalam berkongsi inspirasi dan idea baru bagi menyumbangkan kemahiran untuk melahirkan gagasan usahawan HPA yang celik ilmu.Kerja kerasnya dalam melebarkan jaringan sehingga menjangkau sejauh Singapura, Indonesia dan Brunei seharusnya menjadi contoh dan ikutan pelapis pelapis muda seandainya mereka ingin memilih untuk berada di landasan yang sama.

Potensi diri yang ditonjolkan seiring dengan realiti yang terhasil juga satu contoh yang baik ke arah perubahan yang mantap.Risiko untuk disenangi atau sebaliknya tidak pernah sedikit pun mencuit keyakinan beliau untuk berasa goyah. Baginya diterima atau tidak adalah persaingan sihat sebagai kayu pengukur untuk menilai sejauh mana anjakkan paradigma yang terlahir kesan dari ketelusanya merebut peluang untuk berdiri teguh sebagai  pemimpin hebat dan berjiwa besar.
 
  
 

"Kemegahan dan kehebatan bukanlah kerana tidak pernah terjatuh tetapi upaya untuk bangun kembali setiapkali diasak kegagalan"

Setia di belakangnya adalah seorang isteri PJS Suhaiza Rusli yang benar benar memahami konsep perjuangan yang memerlukan sedikit pengorbanan terutamanya dari segi masa.Pun begitu seorang ayah kepada dua orang puteri ini merupakan seorang yang berjiwa lembut berbanding ketegasan beliau ketika berurusan dalam soal kerja.

Mengenai PJM Syed Ageel

Menyertai HPA pada ogos 2006

Dinobatkan sebagai Peserta PBC terbaik 2006 - 2007 dalam KONVEX 2007

Melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008  untuk bersama HPA sepenuh masa.

Dinobatkan sebagai TOP 20 HPA dalam KONVEK ’09

Merupakan Pengarah Jati Mahkota (PJM) dan tersenarai dalam 20 pemimpin terbaik HPA Malaysia bagi tahun 2008-2009.

Auditor Koperasi Wahida HPA Bhd.



Tiada ulasan: