Selasa, Februari 16, 2010

Berfikir Cara GM

TRAIN TO BE A GREAT LEADER


Saya cuba mambaca mindanya dari segenap sudut setiapkali dia melakukan affirmation yang cukup mantap. Tidak hairanlah jika ada sahabat saya yang mengelarnya 'Singa HPA'. Bagi saya keupayaan beliau mewujudkan peak state yang cukup sempurna meletakkan beliau antara orang orang yang hebat di dalam HPA.Ianya mengingatkan saya kepada sebuah buku tulisan Mat Taib Mat yang menyentuh kaedah yang terbaik untuk menjadi hebat di dalam 'Anda Berhak Hebat'

Sebagai perintis di peringkat awal penubuhan HPA apabila beliau mendaftar sebagai ahli pada tahun 1995 GM Faisol Abd Rahman telah mengharungi zaman jatuh bangunnya HPA serta meletakkan visinya yang cukup besar dalam cubaan membantu menaikkan perniagaan kepunyaan orang melayu yang penuh cabaran dan berisiko.

 
Setia bersama Tuan Haji Ismail bin Ahmad
" Bagi setiap usaha yang penuh displin, ganjarannya adalah barganda "

Pandangannya jelas terhadap generasi sekarang yang cukup mudah untuk meraih kejayaan melalui kaedah pelan pemasaran yang menarik disamping keperluan yang tersedia berbanding dengan beliau dan teman teman seangkatan yang terpaksa melakukan 'all in one'. GM sendiri melakukan kerja kerja pembungkusan, memandu van untuk membuat penghantaran dan membuat penerangan.

Ditanya tentang harapan, beliau menyatakan peri pentingnya generasi sekarang mencontohi mereka yang berjaya dan bertanya akan kunci kejayaan bagi melahirkan generasi baru yang mengenal erti perjuangan dan sanggup berkorban untuk kejayaan.

 

Bersama sama keluarga sewaktu dalam percutian

 " Keyakinan adalah suara hati yang menyatakan anda boleh jadi seperti apa yang anda impikan untuk jadi "


Menyebut tentang kata kata bermotivasi yang ingin dikongsi bersama, GM yang bersifat periang ini sering berkata train to be a great leader sambil menekankan konsep spiritual yang perlu ada dalam membina rangkaian yang serious dalam perniagaan. Untuk berjaya jangan sesekali berfikir cara orang yang sakit berfikir kerana untuk sembuh atau tidak bukan bergantung kepada ubat dan ramuan sebaliknya kekuatan jiwa dan keyakinan. Petua beliau yang paling mudah adalah banyakkan membaca selawat.

Tiada ulasan: