Selasa, Februari 02, 2010

Evening Primrose Oil

Apa itu EPO?

Mengandungi GLA yang membantu membunuh tumor (malignant which causes cancer atau benign)

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya  mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.

Khasiat minyak EPO:
Antara fungsi dan keberkesanannya adalah seperti berikut :-

  • Melegakan sklerosis.
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
  • Mengurangkan radang sendi otot.
  • menguatkan sistem imun .
  • Mengelak kulit daripada kering semasa proses Monopous .
  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Tiada ulasan: