Khamis, Februari 04, 2010

Khasiat Bawang Putih

                                                                      
Nama botani : Allium sativum
 
Sejak beberapa kurun yang lalu, bawang putih sudah digunakan dalam perubatan kerana kualitinya itu. Seawal tahun 4500SM, Khnoum Khoufouf yang membina piramid dalam kurun itu adalah di antara orang terawal yang menemui khasiat bawang putih. Beliau telah mengarahkan semua pekerjanya mengambil bawang putih untuk meningkatkan kecergasan mereka. Selepas itu Hippocrates(460-357SM) mengesyorkan bawang putih digunakan dalam mengubati penyakit usus.
Bawang putih dipercayai dijumpai di Asia Tengah dan dengan itu telah digunakan secara meluas di China seawal 3000SM sebagai perencah masakan sehingga sekarang. Penggunaannya semakin meluas ke seluruh dunia – Oleh orang Mesir, Greek, Roman bagi tujuan yang sama. Sekarang bawang putih banyak ditanam di negara yang beriklim panas dan kering seperti di lembah Mediterranean, India, China, Kenya, Brazil dan beberapa buah negara lagi.


Analisis setiap 100 gm bahagian bawang yang boleh dimakan mengandungi secara purata:

KANDUNGAN
PERATUS
Kelembapan
62
Kabohidrat
29.8
Protin
6.3
Lemak
0.1
Mineral
1
Serat
0.8

Bawang putih mengandungi mineral dan zat seperti kalsium, kalium, fosferus, ferum, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin C dan lain-lain seperti sulfur, selenium. Bawang putih juga mengandungi phitokimia dan essential oil, allyl propyl disulfit, allicin, allisatin I dan allisatin II, semuanya amat berguna dalam perubatan.

Bawang putih juga membantu menurunkan tahap kolestrol dalam darah, mengawal tekanan darah, rawatan kanser, membantu penghadaman, mengurangkan sembelit, mengurang kesakitan akibat rheumatism, membantu dalam rawatan penyakit paru-paru(bronchial), membuang toksin, diguna oleh wanita untuk mengawal pertumbuhan dan infeksi yis dan berbagai-bagai lagi.




Tiada ulasan: