Rabu, Ogos 19, 2009

Sebutir Bintang

Nama PJ Ustaz Fauzi Bin Mohd Yatim sememangnya telah sebati di hati setiap ahli Committee Radix Centere kerana beliau sentiasa memberi lontaran pendapat yang bernas dan merupakan salah seorang yang bertanggungjawab menghidupkan Meeting Mingguan di Cawangan Bandar Baru Uda bersama-sama Pengerusi CRC PJ Rahmah Rahmat dan PJS Roslina Hashim serta yang lain-lainya.

Beliau juga merupakan salah seorang nadi penggerak di dalam program-program PBC anjuran CRC. Seringkali membawa slot Kuliah Subuh atau apa sahaja yang diberikan kepadanya mampu dilaksanakan dengan baik.
Aktif dalam mengadakan kelas-kelas keilmuan terutamanya bekam dan perubatan jawi. Anak muda yang bersemangat tinggi ini mula menempa nama sebagai seorang pendidik dan penceramah bebas dan juga merupakan stokis HPA.

Diharapkan PJ Ustaz Fauzi tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan dan CRC sentiasa mendoakan kejayaan beliau sebagai bakal pemimpin muda yang disegani dalam dunia perniagaan HPA..InsyaAllah

Tiada ulasan: