Rabu, Ogos 12, 2009

Meeting Mingguan Cawangan Kluang

Perjalanan PJS Syed Ageel dari utara ke selatan dengan bertemankan sahabat karib beliau PJ Ustaz Mohd Yusuf Ahmad (Jitra) setelah berhenti seketika di PBC Melaka pada 8 dan 9 Ogos yang lalu sebagai pembentang jemputan memperlihatkan kegigihan dan kesungguhan yang tertanam dihati kedua-duanya.

10 Ogos 2009 telah mencatat kehadiran paling ramai dalam sejarah meeting mingguan di Cawangan Kluang. Kehadiran PJS Syed Ageel yang menjadi tumpuan memberi makna besar dalam membentuk anjakan paradigma perjuangan HPA kepada hampir 60 orang yang hadir dari sekitar bandar Kluang, Muar dan Batu Pahat. Slot pertama telah dimulai oleh leader tempatan untuk pengenalan syarikat.
Ketokohan dan kesungguhan PJS Syed Ageel ketika memberi penerangan menggamit ketekunan hadirin yang tidak berganjak untuk mendengar dengan penuh minat walaupun terpaksa menambah sedikit masa menjadikan waktu ditamatkan agak sedikit lewat.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih terhadap sokongan dan kerjasama dari pemimpin-pemimpin tempatan terutamanya PJS Shafei Hj Tasiron dan isteri PJS Puan Rosjulila, pemimpin dari muar yang sentiasa memberi ruang memperlihatkan sikap kebersamaan dan ukhuwah meninggalkan kesan mendalam dan menjadi satu semangat baru untuk CRC mengatur dan menjayakan beberapa siri program selanjutnya di masa akan datang. Terima kasih juga kepada Normala serta suami yang mengatur program bagi pihak CRC dan kehadiran PJ Rahmah Rahmat selaku Pengerusi CRC.
PJS Shafei diiringi isteri PJS Puan Rosjulila menyampaikan cenderahati kepada PJS Syed Ageel.

Semoga meeting mingguan di Kluang kali ini memberi banyak manfaat sebagai satu perkongsian ilmu yang harus digarap sebaik mungkin oleh setiap yang hadir bagi persedian untuk terus melangkah dan berjuang sebagai seorang usahawan HPA yang gigih...

Tiada ulasan: