Isnin, Ogos 24, 2009

COMMITTEE RADIX CENTRE

PERJALANAN MASIH JAUH

Ramadhan yang datang menggamit keinginan mengenang kembali sebuah perjalanan penuh kepayahan untuk dikongsi bersama sebagai renungan sebuah Komiti yang bernaung di bawah KPU yang mula menempah nama di Selatan tanah air sebagai salah satu wadah perjuangan dalam HPA yang ternyata punya banyak persaingan dan rintangan.

Lahir pada 6 Januari 2009 dari hasil persetujuan Ahli Jawatankuasa yang pertama dilantik terdiri dari PJS Syed Ageel selaku penaung, PJ Rahmah Rahmat Pengerusi, PJ Ustaz Fauzi Mohd Yatim sebagai Timbalan Pengerusi, PJ Siti Noor Syuhada (Bayu) Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa seramai 8 orang iaitu PJ Dr Syed Helmi, Kartini Ramlan, Zulkifli Baba, Rozali Suparthy, PJ Hanim Hussin, Sdr Husni, Puan Jamaliah dan Ustaz Katiman.


Kesinambungan dari rentetan beberapa siri Program Perkongsian Bijak Cemerlang di peringkat awal di bulan-bulan terakhir 2008 yang dikendalikan sendiri oleh dua orang peneraju utama yang menjadi perintis penubuhan Committee Radix Centre yang dikenali dengan CRC telah membuktikan setiap usaha beserta keyakinan akan membuahkan kejayaan paling manis.

Gabungan dari semangat kental PJ Rahmah Rahmat dan kepakaran PJS Syed Ageel mengubah strategi dengan membuka pintu CRC kepada semua ahli HPA dari semua cabang induknya tanpa mengira rangkaian, telah di terima baik oleh kepimpinan PJE Khalid Salim dan PJE Abdul Rahim & isteri, PJE Rozana sebagai langkah permulaan disusuli oleh beberapa lagi pemimpin dari rangkaian yang berbeza seperti PJS Roslina Hashim, PJ Siti Khadijah, PJ Farina dan yang lain-lain. Diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan namun akhirnya CRC mampu mengatur beberapa siri program susulan yang mendapat sambutan di luar dugaan dengan berlandaskan HPA satu Perjuangan.

Dengan bantuan dan kerjasama dari tenaga penceramah KPU terutamanya PJM Syed Ageel sendiri beserta PJM Syed Salahuddin, PJM Ismail Othman, PJI Mohd Nadzri Ahmad dan dari KPA PJM Puan Siti Habibah yang tidak putus-putus menyumbangkan tenaga dan kepakaran serta menanamkan semangat ' Mesti Boleh' menjadikan CRC semakin melangkah jauh ke hadapan dengan membawa misi perjuangan bagi memartabatkan ekonomi umat islam tanpa had dan sempadan.
Program-program di bawah anjuran Committee Radix Centre sepanjang tahun 2009.

8 Mac 2009 –HPA Caw Pasir Gudang
Program Mengapa Harus Bersama HPA. Dikendalikan sepenuhnya oleh PJM Syed Ageel dibantu oleh PJ Rahmah Rahmat dan PJ Dr Syed Helmi.Kehadiran seramai 62 orang.

8 Mac 2009 - Taman Pelangi Jementah
Program Penerangan HPA di sebelah malam. Dikendalikan oleh PJM Syed Ageel, PJ Rahmah Rahmat, PJ Johari dari KPU yang setia menemani perjalanan jauh seorang sahabat. Kehadiran 30 peserta.

8 April 2009 - HPA Caw Kota Tinggi
Program Diskusi Bersama Pemimpin. Dikendalikan oleh PJM Syed Ageel

9 April 2009 - HPA Caw Bandar Baru Uda.
Program Diskusi Bersama Pemimpin oleh PJM Syed Ageel.

17 April 2009 - Dewan Felda Bukit Aping
Program Kenali HPA bersama PJM Syed Ageel dan PJ Rahmah

18-19 April 2009 - Ts Hotel Scientex Pasir Gudang
Perkongsian Bijak Cemerlang dengan 110 orang peserta. Kehadiran PJM Syed Ageel, PJM Ismail Othman, PJM Mohd Nadzri Ahmad, PJM Syed Salahuddin, PJM Rosmandi Ishak dan PJM Siti Habibah serta kehadiran khas Pengurus besar Al Wahida Marketing, Tuan Mohd Faisol Abd Rahman.

24 April 2009 - HPA Caw Bandar Baru Uda
Program Meeting Mingguan merupakan yang pertama kali diadakan di BBU. Dikendalikan oleh PJ Rahmah Rahmat, PJ Ustaz Fauzi, PJ Syed Helmi dan PJ Bayu.

10 Mei 2009 - HPA Caw Bandar Baru Uda
Kelas Bekam Angin dikendalikan oleh PJ Ustaz Fauzi Mohd Yatim.

23-24 Mei 2009 - Ts Hotel Scientex Pasir Gudang
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Peserta 70 orang. Pembentang modul,PJM Syed Ageel, PJM Syed Salahuddin, PJI Mohd Nadzri Ahmad. Selain itu beberapa PJS KPA turut hadir, antaranya PJM Siti habibah Yusof (KAK BIB), PJE Fauzani (Demo Produk), PJS Roslina Hashim dan PJE Khalid Salim (slot bersama pemimpin). PJ Ustaz Haji Mohd Fauzi dari Pasir Gudang bertindak sebagai moderator yang memainkan peranan menghidupkan majlis.

14 Jun 2009 - HPA Caw Bandar Baru Uda
Program Pemantapan dikendalikan oleh PJM Syed Ageel.

27-28 Jun 2009 - TS Hotel Scientex Pasir Gudang
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Kehadiran 68 orang. Pembentang, PJM Ustaz Zahir, PJM Syed Ageel, PJM Syed Salahuddin, PJS Ustaz Safuan, PJS Suhaiza Rusli dan PJE Khalid Salim.

14 Julai 2009 - Pengkalan TLDM Tanjung Pengelih.
Program Penerangan HPA di rumah Bakat dengan kehadiran 68 orang di kendalikan oleh PJ Rahmah Rahmat dan dibantu oleh BK TMM Nasrul.

01-02 Ogos 2009 - TS Hotel Scientex Pasir Gudang.
Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dengan kehadiran 107 peserta. Pembentang modul, PJM Syed Ageel, PJM Syed Salahuddin, PJS Suhaiza Rusli, PJS Ustaz Safuan, PJE Khalid Salim dan PJ Ustaz Fauzi Mohd Yatim serta PJ Dr Syed Helmi.

10 Ogos 2009 - HPA Caw Kluang
Program Meeting Mingguan kehadiran hampir 90 orang. Penceramah jemputan PJM Syed Ageel.

29 Ogos 2009 - Rumah Pengerusi CRC PJ Rahmah Rahmat
Majlis Berbuka Puasa AJK CRC.

31 Okt - 01 Nov 2009 - Ts Hotel Scientex
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).Kehadiran khas Pengurus Besar Al Wahida Marketing, Tuan Mohd Faisol Abd Rahman.

05-06 Dis 2009 - TS Hotel Taman Scientex Pasir Gudang
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)

13 Dis 2009 - Ts Hotel Scientex Pasir Gudang
Program Pemantapan dan Bersama Pemimpin kehadiran khas PJM Sharifah Sulaiman dan PJM Ismail Othman.Merupakan program penutup 2009.

Tiada ulasan: