Jumaat, April 09, 2010

SIMULASI GEN-2

Mencerna Kemahiran Berinteraksi.
7-8 April 2010. Dewan Nuruddin Fahmey Kluang.

Dalam usaha untuk melahirkan The Great Leader, individu yang berkesungguhan mestilah bersedia dengan pemahaman yang positif. Kreativiti berfikir hendaklah diletakkan sejajar dengan kemahuan dan keyakinan. Sesekali menongkah arus tidak bererti anda tersilap arah kerana ramai usahawan yang berjaya telah meletakkan diri dan minda mereka di dalam medan yang sentiasa menerima cabaran.

Berakhirnya program GEN-2 diharapkan bakal melahirkan generasi yang berkaliber.Mensimulasikan segala kemungkinan dengan sentiasa peka dan bersedia dengan ilmu dan beberapa latihan yang telah dibekalkan. Namun untuk melangkah lebih jauh individu haruslah bijak meletakkan prinsip dalam matlamat yang betul.

Melakukan Persediaan awal 







Semoga kehadiran seramai 160 peserta dapat membentuk respon proaktif sebagai perintis terhadap perubahan untuk perjuangan memertabatkan ekonomi umat islam setanding dengan bangsa lain melalui wadah perjuangan HPA.

Tiada ulasan: