Selasa, April 27, 2010

PBC KEPALA BATAS MERUNGKAI TANGGAPAN

DARI KACAMATA PENGERUSI CRC PJE RAHMAH RAHMAT... LEWAT SATU PERJALANAN.
Kemampuan untuk merialisasikan keyakinan dalam bentuk terjemahan yang nyata bukanlah satu perkara yang mudah seandainya tidak dilakukan dengan kesungguhan. Namun tarikh 24 dan 25 April 2010 mencatat sejarah tersendiri di dalam program PBC Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. 




Kehadiran peserta dari kalangan kurang upaya (OKU) membuktikan bahawa kemampuan seseorang itu bukan diukur dari sudut lahiriahnya kerana untuk melahirkan individu yang berjaya, ianya datang dari kesedaran seseorang untuk merubah sesuatu keadaan itu dari yang baik kepada yang lebih baik. Itu juga disebut sebagai satu perjuangan dalam usaha melahirkan ramai usahawan HPA melalui program gerak gempur Perkongsian Bijak Cemerlang PBC walaupun ianya datang dari kelompok-kelompok insan yang istimewa.
Kehadiran Ang Poo Sun (cina muslim) atau nama islamnya Tuan Airik Bismil beserta isteri  Puan Norizan Mohd Yunus juga merupakan satu kejayaan PBC di Kepala Batas kerana kesanggupan beliau dan isteri menyahut cabaran untuk datang dari Kuala Lumpur dengan membawa harapan besar menjadi pemangkin kepada perjuangan HPA dalam mempertanggungjawabkan produk halal untuk kegunaan setiap umat islam terutamanya bagi golongan saudara-saudara baru.







PJS Jamaluddin Yusuf dan rombongan komiti yang hadir dari Paka Terengganu membawa bersamanya satu momentum perjuangan untuk dikongsi bersama peserta sebagai satu muhasabah diri dengan menempuh perjalanan hampir 12 jam dan keyakinan beliau meninggalkan seorang isteri dan ayah didalam keadaan kesihatan yang amat membimbangkan demi menjalankan amanah sebagai seorang pembentang jemputan amat mengharukan. Ianya dihargai dengan doa dan harapan semoga segala keikhlasan beliau dibalas dengan segala kebaikkan. 



Bertepatan dengan ungkapan 'hendak seribu daya' maka persedian seseorang amatlah perlu dalam membentengi semangat dari suntikan rasa gagal sebelum berjuang. Imuniti atau kekebalan yang paling baik adalah semangat dan keyakinan. Program PBC yang berlangsung selama dua hari satu malam mampu mengisi dan memenuhi ruang-ruang keilmuan yang hendak dibina.

Tahniah dari kami di CRC kepada Pengarah bersama Program PBC Kepala Batas PJM Syed Ageel dan PJS Zanbli dan isteri PJS Muzlina serta urusetia dan seluruh warga yang terlibat. Anda Semua Hebat!

Tiada ulasan: