Program Pemantapan anjuran Committee Radix Centre (CRC) pada 28 April 2010 bertempat di Cawangan HPA Pasir Gudang merupakan program susulan untuk para lepasan PBC. Ianya diatur supaya dapat membantu melahirkan usahawan HPA yang berjiwa besar. Berani mengatur langkah untuk terus mara tanpa menoleh ke belakang.
Seramai 52 peserta berjaya menghadirkan diri walaupun pada asalnya menghadkan tempat untuk 30 orang.
' Walau siapapun diri kita, membuat keputusan dengan penuh semangat dan keinginan untuk buat pasti akan mengubah nasib dan destini diri.'
Setiap langkah yang diambil untuk mencapai matlamat pasti akan menemui ujian dan rintangan samaada kecil atau besar. Ia adalah normal sebagai sebahagian daripada proses untuk memantapkan diri dan keyakinan.
Memberi sepenuh penumpuan...Berfikir bagaimana harus mengatasi cabaran.
Menulis sesuatu yang sedang dipelajari adalah kaedah paling baik kerana ia mempengaruhi fisiologi yang merangsang emosi. Dalam masa yang sama ianya membina tanggapan positif. Namun begitu minda yang positif belum tentu dapat melahirkan jiwa yang positif. Untuk melahirkan jiwa yang positif, di sinilah perlunya program-program susulan seperti program-program pemantapan sebagai latih tubi semangat untuk menyusun strategi. Kebelangsungan untuk menyatakan ungkapan ' Anda Boleh.'
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Ar-Ra'd: 11)
Tanggungjawab yang paling besar untuk dibawa keluar adalah kesanggupan untuk berdepan dengan risiko menyampaikan maklumat dan memperkenalkan produk-produk halal keluaran HPA ke mata masyarakat umum. Secara tidak langsung ianya mendatangkan impak dari keberkatan Allah terhadap pengukuhan ekonomi rumahtangga.
Terima kasih kepada motivator PJM Syed Ageel yang sentiasa bersedia memenuhi undangan untuk menyampaikan ilmu dan motivasi. Kepada semua peserta yang hadir, anda berhak untuk menjadi hebat.
Jumpa lagi di dalam satu lagi program kami yang akan di adakan selepas PBC 29 - 30 Mei 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan