Isnin, Januari 18, 2010

GEMPUR PBC!!!..23-24 JAN 2010 TS HOTEL PASIR GUDANG!!!

Tinggal seminggu sahaja lagi, adakah anda sudah bersedia untuk memulakan 2010 dengan keyakinan baru atau membuat satu kesinambungan dari azam tahun sudah yang masih belum terlaksana?

Saya petik tazkirah ringkas ibu saya sewaktu membuat penerangan mengenai Apa Perlunya PBC di Taman Bukit Alif Johor Bahru pada 16 Jan 2010 jam 3.00 petang.

Hidup ini perjuangan teman...Seandainya kita cuma berharap, harapan itu akan kekal duduk diam di hati. Jika kita berharap dan berusaha impaknya adalah perubahan. Walau sedikit perubahan itu ianya tetap dipanggil perjuangan.

Ini bertepatan dengan sabda Rasullah SAW yang bermaksud "Sesiapa yang mahukan kehidupan di dunia maka ia akan diperolehnya dengan ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat juga dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya, juga dengan ilmu"

Apakah kaitannya dengan PBC?...Ianya adalah sama seperti kita mendapat kunci dan membuka pintu rumah baru yang di dalamnya dipenuhi dengan ilmu dan perhiasan. Dengan menghadirinya anda akan diberikan ilmu bagaimana untuk mengatur dan menghias letak duduk segala hiasan supaya kelihatan lebih indah.

Untuk mengetahui apakah kesinambungannya?...Hadirlah sebagai pEseRTa aTaU HaDirKan PrOspEk AnDA...Masih belum terlambat!..


Tiada ulasan: