Selasa, November 03, 2009

PBC TS HOTEL 31 OKT - 1 NOV 2009 : MEMBENTUK CARA PEMIKIRAN

video

Dengan kehadiran seramai 111 orang, PBC TS Hotel Pasir Gudang telah berjaya memupuk semangat dan kesedaran di kalangan peserta tentang perlunya pemahaman yang betul sebelum melangkah lebih jauh. Ucapan yang dibuat oleh GM Tuan Faisol Abd Rahman yang menyentuh beberapa perspektif dan info-info terkini di dalam HPA juga turut menyuntik daya fikir kreatif kepada idea yang lebih luas dan berguna untuk diguna pakai sekembalinya mereka dari kursus selama dua hari satu malam.
Ketibaan yang ditunggu-tunggu

PJS dari KPU dan PJS Puan Siti Habibah (Kak Bib) dari KPA merakamkan kenangan bersama PJS Roslina Dan PJS Evi Soraya dari selatan.

Bersama-sama GM Tuan Faisol Abd Rahman dan Puan Zaimah selaku Pengurus Pentadbiran Selatan



Tiga sahabat yang sentiasa bergandingan merupakan pembentang-pembentang yang berpengaruh dan mempunyai peminat-peminat mereka yang tersendiri.

Erti seorang Sahabat. Sanggup hadir walau terpaksa merentas perjalanan jauh



Semoga semangat mereka-mereka ini terus berkekalan sebagai seorang usahawan yang punya wawasan yang fleksibel. Tidak mudah menyerah kalah kepada sesuatu yang membawa kepada sikap negetif dan reaktif.

Tiada ulasan: