Isnin, November 09, 2009

MENGGENGAM BARA

Saya sedang tercari-cari bahan penulisan untuk dimuatkan sebagai entri blog kali ini, apabila teringat untuk cuba menjawab permasalahan seorang teman yang lama 'tertidur' sebelum saya kejutkan petang tadi. Saya garapkan hasil penulisan Ahmad Zabidi Abdul Razak dan cara gerak kerja PJS Syed Ageel Syed Muhammad Mahayadin ke dalam terjemahan sebuah etika kesungguhan.

Apa yang hendak saya kongsikan bersama di sini adalah salah satu di antara punca mengapa kita selalu gagal. Pernah terjadi kepada diri saya maka saya menulisnya sekadar sebagai kata-kata nasihat kepada diri sendiri dan sebagai pandangan dan panduan buat semua. Terutama buat teman saya semoga segera bangkit merebut peluang.

Membina Kepimpinan Diri
.

Kita selalu mempunyai peluang yang terbuka luas di hadapan namun sering kehilangan kerana kebanyakan dari kita kurang bertegas dengan diri sendiri. Dalam erti lain tidak mempunyai kualiti kepimpinan diri.



Kurang komited kerana tiada berkeyakinan untuk tampil sebagai pemimpin. Sentiasa mencipta alasan sebagai persediaan menjawab soalan.



Bagi mengatasi kekurangan tersebut saya mengatur strategi meningkatkan motivasi melalui beberapa siri pembacaan dan saya mula belajar menerima keritikan dan teguran dalam usaha membina perubahan dan memperbaiki kelemahan diri.


Belajar Menjadi Pemimpin Bukan Menjadi Pengikut

Memilih seseorang sebagai mentor dan meniru cara gerak kerjanya sehabis boleh membuatkan saya berani memulakan langkah pertama dengan matlamat yang jelas. Kunci kepada segala perubahan adalah kata-kata yang ditanamkan ke dalam diri saya iaitu belajar menjadi pemimpin bukan menjadi pengikut. Walaupun kita mempunyai hanya seorang yang mendaftar sebagai permulaan di dalam rangkaian, kita adalah pemimpin yang berhak menentukan hala tuju.



Dan apabila kita benar-benar ingin membina kekuatan kepimpinan diri, kita perlu menyeimbangkan pembinaan unsur fizikal, akal dan kejiwaan yang murni secara serentak juga melatih diri berfikir menurut displin ilmiah dan logik yang teratur bukan berdasarkan emosi dan nafsu.


Kata-kata Hikmah GM Faisol Abd Rahman

Untuk membuat sesuatu karier kita perlu ada istilah enjoy bagi mengelakkan stress. Belajar menjadi penyabar serta pemaaf dan yang paling penting sentiasa mencari jalan penyelesaian sebaik-baiknya kerana manusia yang baik adalah manusia yang lembut hati dan bertegas dalam dasar. Dalam soal dasar apa yang perlu adalah pendirian.

Tiada ulasan: