Khamis, September 10, 2009

HPA SATU KEBANGGAAN...DALAM SATU PERJALANAN.

DARI SELATAN KE UTARA

Mematri sejarah.
..
Sesungguhnya kejayaan paling manis adalah apabila segala penat lelah dalam perjuangan menghasilkan sesuatu yang indah untuk diabadikan. Bila kita berkata HPA BOLEH! maka jadikanlah ianya satu kenyataan.
16 Ogos penuh Rahmat.
Perjalanan jauh seorang nenek, Selamah Wagiman untuk melihat sendiri bahawa apa yang diperkatakan di dalam program PBC yang dihadirinya di Kepala Batas pada 15 dan 16 Ogos 2009 adalah satu realiti yang mesti disampaikan kepada semua yang masih kabur dengan pencapaian HPA.
Usia bukan satu penghalang. Seseorang yang positif fikiran sentiasa melakukan walau sekecil-kecil perubahan setiap hari di dalam kehidupan lalu sebuah perjalanan bukanlah sesuatu yang merugikan seandainya dijadikan sebagai laluan untuk menyampaikan apa yang benar. HPA satu nikmat dan kebanggaan.
Suasana di dalam Bakery House. Gaya susun yang teratur memudahkan segala pengurusan.
Perjalanan yang sentiasa ditemani PJ Rahmah dari selatan ke utara dan diceriakan dengan keramahan dan baik budi PJS Suhaiza sekeluarga pastinya menjadi nostalgia paling indah kepada seorang nenek usahawan, pejuang dan pengguna tegar dalam HPA.

Tiada ulasan: