Selasa, September 29, 2009
Jumaat, September 25, 2009
PJS KAK BEDAH DALAM KENANGAN

Pengarah Jati Setia (PJS) Kak Bedah dari Perak telah kembali ke Rahmatullah selepas magrib tadi (24 Sept 2009). Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.....Alfatihah.
Sehubungan itu, pohon semua PJS dan Pemimpin HPA di semua PBC dan Kelas Mingguan menganjurkan Majlis Tahlil untuk disedekahkan kepada Allahyarhamah...
Sabtu, September 19, 2009
Ucap Selamat Aidilfitri
Rabu, September 16, 2009
Aidilfitri dirai Ramadan ditangisi

Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.
Perlu ditegaskan bahawa perayaaan Aidilfitri sejati merupakan satu kemenangan secara batiniah atau rohaniah. Justeru itu ia harus direfleksikan di dalam peningkatan kualiti perilaku beragama; keimanan yang bertambah kuat dan ketakwaan yang semakin menebal. Kita renungi syair Arab;“Bukanlah hari raya Aidilfitri bagi orang yang berpakaian dan perabot rumahnya serba baru, namun hari raya Aidilfitri adalah bagi orang yang beriman dan ketaatannya bertambah.”
Sewajarnya juga kesucian lahir dan batin ini menjadi motivasi untuk membentuk kesedaran membantu golongan yang miskin atau tertindas. Dengan kesedaran yang demikian akan membawa kita menjadi manusia yang bertakwa dan mendapat kemuliaan di sisi-Nya.
Demikian Aidilfitri sebagai hari pertama umat Islam pulang dari pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan. Dalam pengembaraan itu, mereka telah meningglkan semua perkara yang digemari kerana Allah dan membentuk dalam dirinya satu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman mereka pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku mereka.Sumber blog Mutiara Hati..
Sabtu, September 12, 2009
PEPSI - Pay Every Penny To Save Israel

Sebenarnya hal ini bukan berita baru dalam kalangan umat Islam sejak tercetusnya fatwa dan idea boikot terhadap produk-produk yang mendukung dan memberi bantuan ke negara Zionis Israel.
MEMRI (Middle East Media Research Institute) baru-baru ini mengeluarkan sebuah transkrip berbahasa Inggeris yang mereka dapat dari sebuah ceramah seorang ulama Mesir pada bulan Februari lalu dan baru dikutip oleh media-media Israel baru-baru ini, pada ceramah itu menyebutkan bahwa PEPSI adalah kepanjangan dari "Pay Every Penny to Save Israel" (Bayar setiap sen untuk membantu Israel).
Ulama yang bernama Hazim Abu Ismail mengatakan dalam sebuah stesyenn TV Al Nas (sebuah saluran khusus untuk keagamaan) di Mesir, menyerukan untuk setiap Muslim memboikot minuman ringan Pepsi, kerana menurutnya setiap wang yang kita gunakan untuk membeli Pepsi sama saja dengan membantu Israel.
Minuman ringan Pepsi sendiri, termasuk dari daftar produk yang mendapat fatwa untuk diboikot oleh para ulama beberapa tahun yang lalu, di samping produk-produk lain.
Selain itu, sebelumnya pada tahun 2008 yang lalu - seorang anggota parlimen dari Hamas di Gaza pernah membuat kenyataan serupa berkaitan dengan Pepsi. Berbicara pada stesyen TV rasmi milik Hamas - Al-Aqsha TV, anggota parlimen Hamas - Salim Salamah mengatakan " Ada perusahaan yang didirikan oleh pihak kolonial dan penjajah - perusahaan yang besar dan mempunyai cabang di seluruh dunia seperti Pepsi, Pepsi Cola (minuman ringan). Ini adalah sebuah perusahaan yang terkenal. Pepsi merupakan sebuah akronim, P-E-P-S-I- Pay Every Pence to Save Israel. Membayar setiap sen untuk membantu Israel.."
Jadi, sebagai seorang Muslim, masihkah kita akan tetap membantu Zionis Israel dengan membeli produk-produk yang jelas-jelas akan mendukung negara penjajah Israel? (fq/israelnationalnews)
......Sumber blog Satu Umat
Khamis, September 10, 2009
HPA SATU KEBANGGAAN...DALAM SATU PERJALANAN.
Mematri sejarah...
Sesungguhnya kejayaan paling manis adalah apabila segala penat lelah dalam perjuangan menghasilkan sesuatu yang indah untuk diabadikan. Bila kita berkata HPA BOLEH! maka jadikanlah ianya satu kenyataan.
16 Ogos penuh Rahmat.

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)


Isnin, September 07, 2009
Bantuan Amal HPA ke Cianjur - Gempa Bumi di selatan Pulau Jawa
jalan utama di pekan Cianjur
Salam satu Ramadhan pada anda semua.
Sahabat kita di Indonesia kini sekali lagi di timpa musibbah gempa bumi di Jawa Barat dan mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi. Sehubungan dengan itu, atas dasar kemanusiaan serta islam yang tanpa sempadan, maka HPA dengan ini mengistiharkan sumbangan derma bencana dengan serta merta.
Saya memohon dan menyeru seluruh komuniti yang ada di Malaysia segera mengujudkan tabung dana tersebut. Sebarkanlah maklumat ini kepada seluruh warga HPA khusunya. Insyallah sama-samalah kita mengejar amalan mulia di bulan Ramadhan.
SUMBANGAN ANDA SEMUA AMAT-AMAT DINANTIKAN OLEH MEREKA YANG KINI KEHILANGAN HARTA DAN KELUARGA TERSAYANG.
petikan dari http://gmalwahida.blogspot.com

Bantuan kemanusiaan untuk tragedi gempa bumi di Cianjur, Indonesia mulai hari ini dibuka diseluruh cawangan HPA Malaysia . PJS Malaysia atau ahli -ahli yang berkemampuan yang ingin bersama saya kesana boleh menghubungi pejabat Pengarah (Suhairi - 013 4239717) secepat mungkin. Pengurus-pengurus Zon akan pastikan tabung-tabung dibuka di setiap cawangan dibawah kendalian mereka dan bantuan ini akan di serahkan segera kepada ahli-ahli HPA dan penduduk yang terlibat disana. InsyaAllah.
sumber dipetik dari jawiherbshop
JAKARTA 5 Sept. - Pasukan penyelamat di Indonesia hari ini meneruskan operasi mencari mangsa gempa bumi, sekalipun harapan untuk menemui berpuluh-puluh mangsa yang tertimbus berada dalam keadaan selamat, semakin tipis.
Gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang menggegarkan pantai selatan pulau Jawa pada Rabu lalu mencetuskan tanah runtuh yang menimbus penduduk kampung Cikangkareng, 130 kilometer ke selatan Jakarta.
"Jumlah korban gempa bumi kini mencecah 65 orang. Usaha mencari berpuluh-puluh mangsa yang tertimbus masih diteruskan, sekalipun peluang untuk melihat mereka hidup semakin tipis," kata jurucakap agensi pengurusan bencana, Priyadi Kardono.
Menurut beliau, jentera berat kadang-kadang tidak memadai kerana pekerja penyelamat perlu mengangkat mayat dengan hati-hati.
Gempa bumi yang merosakkan lebih 31,000 rumah di seluruh pulau Jawa itu turut dirasai di pulau Bali dan Sumatera.
Priyadi berkata, kira-kira 27,000 penduduk sudah dipindahkan.
Ramai mangsa mengadu bekalan khemah, makanan dan ubat-ubatan lambat tiba selepas bencana itu. - AFP
Sabtu, September 05, 2009
Sejenak Bersama Ck

Tuhan, Ini Rinduku
Dari kabilah cinta aku datang
mencari-Mu, di satu wilayah malam
entah di mana letaknya, kota keberkatan
antara seribu bulan
dari gurun rindu aku sampai
mencari-Mu, di satu detik dari sepertiga malam
entah di mana saatnya, waktu kerahamatan
antara seribu penantian
dalam janji, doa masih
di atas kudus, hati yang kubentang
sujud embun dan pohon-pohon mengiring
dihembus semilir, menjemput sunyi bertadarus
ini tasbih cintaku mengajak
angin malam yang meratib, berzikirlah kalam
hati menanti, aku mencari
Tuhan!
pilihlah aku!
Ckbayu
Rabu, September 02, 2009
MAJLIS BERBUKA PUASA AJK CRC PASIR GUDANG
Hadir sama PJM Syed Ageel beserta isteri PJS Suhaiza Rusli dan keluarga yang sudi meluangkan masa datang dari Pulau Pinang menjadikan majlis berbuka puasa CRC brtambah bermakna bersama PJE Khalid Salim bersama isteri PJ Isnaimah juga beberapa pemimpin yang lain.
ikatan ukhwah yang disimpul erat di atas satu landasan
perjuangan yang sentiasa dikongsi bersama segala pahit
getir laluannya adalah bukti berat sama dipikul dan ringan
sama dijinjing. Semoga diberi Allah segala keberkatan
sempena bulan ramadhan yang mulia ini. Insyaallah diharap
dapat berjumpa lagi pada 27 september 2009 sempena
sambutan hari raya CRC.