Isnin, Mac 23, 2009

KURSUS KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM ANJURAN KPU

Kursus yang diadakan sehari pada 22 Mac 2009 di Pusat Jualan HPA Padang Temusu, Sungai Petani telah melayakan seorang peserta dari Committee Radix Centre (CRC) PJ Rahmah Rahmat sebagai salah seorang yang terpilih. Kursus yang dianjurkan oleh Kelab Pemimpin Utara (KPU) bertujuan melahirkan pembentang modul saraf tapak tangan yang mahir dan berkualiti dalam menyampaikan ceramah dalam setiap Program PBC.

Pembimbing utama dalam kursus kali ini ialah PJS Hajah Sharifah Sulaiman, PJS Ustaz Mohd Zahir dan PJS Sabri Ahmad. PJS Hajah Sharifah Sulaiman sedang memberi penerangan tentang teknik-teknik yang betul kepada para peserta sebagai persediaan untuk menjadi seorang penceramah.Peserta juga didedahkan dengan slot-slot tertentu dan kaedah penyampaian yang berkesan.



Seramai 20 fasilitator yang terpilih bukan sahaja diajar teknik, kaedah dan tatacara sebagai seorang penceramah atau penyampai slot malah mereka juga menjalani ujian pratikal dengan dibantu oleh beberapa juri berpengalaman.



Kursus yang berakhir jam 7 petang itu memberi banyak manfaat kepada peserta yang hadir dari seluruh negara malah mereka inilah bakal pemimpin dan penceramah yang akan mengambilalih teraju utama sebagai penceramah atau penyampai slot dalam setiap PBC anjuran KPU. InsyaAllah...

Tiada ulasan: