Rabu, Mac 10, 2010

CUBA RENUNGKAN

Seorang Anbakri 
Sorrow is asleep;wake it NOT !
“ You can discover more about person in an hour of play than in a year of conversation” – Plato quotes. Percakapan tidak habis.Boleh berpusing(baca terpusing), berputar(baca terputar) dan melompat-lompatlah(baca terlompat-lompatlah). Dalam banyak hal, aku cuma gemar memerhati telatah dan hujung jatuh lisan orang-orang demi mengasingkan antara padi dan lalang.Mungkin orang tak terperasan tentang itu sedangkan aku cukup gemar memantau dan memerhatikan tingkah laku. Konsistan? Tupai? Landak? Mr. Fox? Keldai atau badak sumbu? Semua ini ada dihurai panjang lebar dalam ilmu antropologi, sosiologi dan psikologi.Inilah pentingnya pengajian akademik yang dilalui oleh orang yang mengaji dalam kuliah dan tutorial secara sistematik.Disiplin ini tak salah aku dinamakan behavioural sciences.Dalam keadaan ini, rupanya tidak sedikit manusia yang tidak menjalani proses pendewasaan yang "structured" dan sedar diri yang kita semua ini adalah makhluk.
Kita bermula dengan keadaan yang serba lemah. Ini termasuklah aku.Sedar tentang inilah, manusia yang tidak ditindih perasaan tidak mudah lupa asal kejadian.Dari jahil, dia mencari ilmu. Dia berguru. Dia ditegur dan menegur. Dia membesar dalam tahu.Dia tidak mudah mendabik dada. Dia lebih banyak tunduk dari membuka dada yang tidakpun sampai sebesar dua jari. 
Ini lebih-lebih lagilah benar apabila aku(katakan), tidak ada kelayakan akademik dan serba kekurangan dalam pelbagai segi.Kalaulah aku(katakan) sekadar memiliki sijil  asas SPM; itu tersangatlah biasa. Sabda Nabi SAW,"Sesungguhnya Allah SWT mewahyukan, agar kamu merendah diri, sehingga seseorang kamu tiada membesarkan diri ke atas yang lainnya."
Lihat Bimbingan Mukmin halaman 297).ada perkiraan akhir, manusia itu dapat dinilai dari segi daftar kata-kata dan tinggalan perbuatan.Inilah pun, apa yang akan diadili di Yaumul Mahsyar.Sijil  dan ijazah tidak penting. Demikian juga dengan Masters atau Phd. Cakar-cakar perbuatan amat berkait dengan kebenaran dan keikhlasan serta iqrar dan amanah; itulah nilai dan ukuran sebenar insan atau disebut harga diri atas seseorang. Jika tidak, dia non insan. Habis? Tak tahu lah.Itu sebenarnya. Lembu dipegang pada tali. Manusia dipegang pada janji. Inilah pun apa yang sering diulangi oleh mana-mana penceramah. Ia disebut istiqomah.Ini berbeda dengan degil kerana degil itu disandarkan kepada pendirian yang batil.Ia nafsu seratus peratus.Walaupun salah tetapi masih enggan berganjak - maka itu dipanggil degil atau dalam bahasa di tempat aku disebut "babir". Ini lain dari istiqomah.Sepanjang berkawan dengan pelbagai makhluk hampir setengah abad, aku cukup yakin dengan kata-kata Plato di atas.Ini lebih-lebih lagi benar apabila Imam al-Ghazali menyebutkan pula sebegini:
"Jangan sampai keadaannya berubah dalam perhubungan dengan sahabatnya andaikata ia mendapat pangkat, atau luas pengaruhnya, atau tinggi kedudukannya.Meninggikan diri ke atas rakan-rakan kerana sebab-sebab tersebut tadi adalah sifat yang tercela. Lihat apa kata penyair dalam maksud ini.
-Manusia budiman, bila dalam kemewahan sentiasa teringat kawan yang bersamanya dalam rumah yang buruk-
Selanjutnya, hendaklah kamu ketahui, bahawasanya pengertian keunggulan itu bukanlah bila kamu menyetujui rakan kamu menjejaki jalan batil dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama yang suci malah hendaklah kamu menentangnya dan menasihatinya kerana Allah".
(Baca Bimbingan Mukmin,halaman 288).

Isnin, Mac 08, 2010

Program Pemantapan 1

Membentuk Karisma Pemimpin

 
Dengan kehadiran seramai 52 orang peserta, Program Pemantapan 1 anjuran Committee Radix Centre (CRC) telah selesai diadakan dengan jayanya. Bertujuan untuk melahirkan para leader yang berkarisma dan berkesungguhan diharapkan ilmu yang diberikan mendatangkan manfaat bagi mencapai wawasan usahawan HPA yang berkebolehan.



 

  



 

  
 


 
 


Terima kasih kepada PJM Syed Ageel dan PJM Siti Nor Zawiyah (Kak Nor) juga kepada kakitangan HPA Cawangan Pasir Gudang serta semua ajk yang terlibat. Semoga segala kesungguhan mendapat keberkatan Allah S.W.T.

Jumaat, Mac 05, 2010

Penubuhan Kelab Pemimpin Selatan

SATU TITIK TOLAK 

Bertempat di Dewan Nurudin Fahmey Kluang pada 4 mac 2010 jam 10 pagi dimulakan  oleh GM Zon Selatan, En. Abd. Ghani dengan taklimat perkembangan terkini HPA di zon selatan. HPA Johor mencatat lakaran sejarah dengan tertubuhnya Kelab Pemimpin Selatan (KPS) .

Dengan amanat yang disampaikan oleh GM Mohd Faisol Abd Rahman menyentuh tentang matlamat sebenar penubuhan. Ketegasan beliau perlu diambil kira sebagai titik permulaan untuk mengujudkan kekuatan dalam bentuk persefahaman sebagai satu kesinambungan bagi merialisasikan janji-janji yang dilafazkan sebagai misi dalam fokus ke arah kejayaan berpandukan teori yang bijaksana.

Segala perancangan yang melibatkan zon selatan hendaklah disertai dengan ikatan yang kuat tanpa keraguan. Ianya mestilah selari dengan etika dan hukum untuk menentukan halatuju selatan supaya tidak menghasilkan satu paradigma keakuan.

 

  
PJS Tuan Haji Azizan presiden KPU dan PJS Afizan presiden KPA bercakap sebagai  pemimpin berpengalaman yang telah melalui banyak liku liku perjalanan dalam era pengembangan HPA. Ucapan mereka memberikan kesan yang mendalam bagi mereka-mereka yang benar-benar memahami ertikata sebenar sebuah perjuangan dan tanggungjawab HPA dalam menyediakan peluang sebagai platform untuk perniagaan halal juga perlu diambil perhatian.

  

  

  

  

SAF KEPIMPINAN KPS 2010

PRESIDEN
PJS HABIBAH BINTI YUSOF

TIMBALAN PRESIDEN 1
PJS RAHMAT BIN DAIM

TIMBALAN PRESIDEN 2
PJS MOHD SHAFIE BIN HJ TASIRON

SETIAUSAHA
PJS ALIMAH BINTI SAM

BENDAHARI
PJS EVI SORAIYA BINTI RIDUAN YAMANI

UNIT KEAHLIAN
PJS MASLIZAR BINTI MAR SEMAN
PJ NASIMAH BINTI MUSA
PJ RAHMAH BINTI RAHMAT

UNIT KEBAJIKAN
PJS FAUZIAH BINTI ABU SAMAH
PJS ROGAYAH BINTI MOHD ZAIN
PJ MURZAHTUL LAILA BINTI AMIR HAMZAH

UNIT LATIHAN
PJS ROSLI BIN DAUD
PJS NAZIADI BIN MARGINI
PJS ROSLINA BINTI HASHIM

UNIT IT & SEBARAN
PJS AHMAD SHAFFIK BIN MOHAMAD
PJS RAHIM BIN MUNTAWIL
PJ HASSAN BIN SULAIMAN

UNIT PERUBATAN JAWI
PJS ROSJULILA BINTI HUSIN
PJS ZAHIRAH BINTI MOHAMED
PJ USTAZ ABD HADI BIN MOHD ISA

Nantikan pengupasan saya mengenai  'teori bijaksana' bagi generasi muda HPA sebagai pelapis baru yang berdaya saing dalam entri akan datang.InsyaAllah.