Rabu, November 11, 2009

PROGRAM TERHEBAT ANJURAN CRC

Scrapblog,Scrapblog,Scrapblog,Scrapbook,Scrapbook,Scrapbook,Pink Royale,Pink Royale,Pink Royale

Pendaftaran dibuka sekarang!!!. Dapatkan ilmu perawatan dan mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan dari Pakar Perawatan PJM Pn Sharifah Sulaiman dan keterangan terperinci mengenai MLM Syariah dari Panel MLM Syariah HPA, Prof Madya Dr Ishak Sulaiman.

Pyzam Glitter Text Maker

Anda berhak untuk menjadi yang terhebat. Ambil peluang untuk meningkatkan efikasi diri melalui ilmu dan perawatan.

Tentatif program

8:30 – 9:00 pagi - PENDAFTARAN

9:00 – 10:30 pagi - MODUL 1 :

Diagnos saraf tapak tangan & produk oleh: PJM Sharifah Sulaiman

10:30 – 10:50 pagi - REHAT

10:50 – 12:45 tgh - SAMBUNGAN MODUL 1

12:45 – 2:15 ptg - REHAT/MAKAN/SOLAT

2:15 – 4:15 ptg - MODUL 2:

Perincian MLM Syariah HPA oleh: Prof Madya Dr Ishak Sulaiman

4:15 – 4:30 ptg - sesi soal jawab

4:30 – 5:00 ptg - Cabutan bertuah, jamuan & bersurai..

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi Puan Rahmah 017- 7449892 atau email terus ke umurahmah@yahoo.com.my atau terus ke PJS Syed Ageel 013- 4882778 atau ageel_haddad@yahoo.com.

Isnin, November 09, 2009

MENGGENGAM BARA

Saya sedang tercari-cari bahan penulisan untuk dimuatkan sebagai entri blog kali ini, apabila teringat untuk cuba menjawab permasalahan seorang teman yang lama 'tertidur' sebelum saya kejutkan petang tadi. Saya garapkan hasil penulisan Ahmad Zabidi Abdul Razak dan cara gerak kerja PJS Syed Ageel Syed Muhammad Mahayadin ke dalam terjemahan sebuah etika kesungguhan.

Apa yang hendak saya kongsikan bersama di sini adalah salah satu di antara punca mengapa kita selalu gagal. Pernah terjadi kepada diri saya maka saya menulisnya sekadar sebagai kata-kata nasihat kepada diri sendiri dan sebagai pandangan dan panduan buat semua. Terutama buat teman saya semoga segera bangkit merebut peluang.

Membina Kepimpinan Diri
.

Kita selalu mempunyai peluang yang terbuka luas di hadapan namun sering kehilangan kerana kebanyakan dari kita kurang bertegas dengan diri sendiri. Dalam erti lain tidak mempunyai kualiti kepimpinan diri.



Kurang komited kerana tiada berkeyakinan untuk tampil sebagai pemimpin. Sentiasa mencipta alasan sebagai persediaan menjawab soalan.



Bagi mengatasi kekurangan tersebut saya mengatur strategi meningkatkan motivasi melalui beberapa siri pembacaan dan saya mula belajar menerima keritikan dan teguran dalam usaha membina perubahan dan memperbaiki kelemahan diri.


Belajar Menjadi Pemimpin Bukan Menjadi Pengikut

Memilih seseorang sebagai mentor dan meniru cara gerak kerjanya sehabis boleh membuatkan saya berani memulakan langkah pertama dengan matlamat yang jelas. Kunci kepada segala perubahan adalah kata-kata yang ditanamkan ke dalam diri saya iaitu belajar menjadi pemimpin bukan menjadi pengikut. Walaupun kita mempunyai hanya seorang yang mendaftar sebagai permulaan di dalam rangkaian, kita adalah pemimpin yang berhak menentukan hala tuju.



Dan apabila kita benar-benar ingin membina kekuatan kepimpinan diri, kita perlu menyeimbangkan pembinaan unsur fizikal, akal dan kejiwaan yang murni secara serentak juga melatih diri berfikir menurut displin ilmiah dan logik yang teratur bukan berdasarkan emosi dan nafsu.


Kata-kata Hikmah GM Faisol Abd Rahman

Untuk membuat sesuatu karier kita perlu ada istilah enjoy bagi mengelakkan stress. Belajar menjadi penyabar serta pemaaf dan yang paling penting sentiasa mencari jalan penyelesaian sebaik-baiknya kerana manusia yang baik adalah manusia yang lembut hati dan bertegas dalam dasar. Dalam soal dasar apa yang perlu adalah pendirian.

Selasa, November 03, 2009

PBC TS HOTEL 31 OKT - 1 NOV 2009 : MEMBENTUK CARA PEMIKIRAN



Dengan kehadiran seramai 111 orang, PBC TS Hotel Pasir Gudang telah berjaya memupuk semangat dan kesedaran di kalangan peserta tentang perlunya pemahaman yang betul sebelum melangkah lebih jauh. Ucapan yang dibuat oleh GM Tuan Faisol Abd Rahman yang menyentuh beberapa perspektif dan info-info terkini di dalam HPA juga turut menyuntik daya fikir kreatif kepada idea yang lebih luas dan berguna untuk diguna pakai sekembalinya mereka dari kursus selama dua hari satu malam.
Ketibaan yang ditunggu-tunggu

PJS dari KPU dan PJS Puan Siti Habibah (Kak Bib) dari KPA merakamkan kenangan bersama PJS Roslina Dan PJS Evi Soraya dari selatan.

Bersama-sama GM Tuan Faisol Abd Rahman dan Puan Zaimah selaku Pengurus Pentadbiran Selatan



Tiga sahabat yang sentiasa bergandingan merupakan pembentang-pembentang yang berpengaruh dan mempunyai peminat-peminat mereka yang tersendiri.

Erti seorang Sahabat. Sanggup hadir walau terpaksa merentas perjalanan jauh



Semoga semangat mereka-mereka ini terus berkekalan sebagai seorang usahawan yang punya wawasan yang fleksibel. Tidak mudah menyerah kalah kepada sesuatu yang membawa kepada sikap negetif dan reaktif.