Isnin, Jun 08, 2009

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Slot yang paling sinonem dan sering mendapat tempat di hati para peserta PBC, selain dari Pengenalan Syarikat dan Halal Haram ialah pembentangan mengenai ilmu Mendaignos Saraf Tapak Tangan. Sentiasa dinanti-nantikan kerana ianya bukan sahaja pengetahuan asas yang boleh dijadikan panduan malahan merupakan elemen penting yang mesti dikuasai oleh setiap ahli-ahli HPA yang ingin berjaya. Sama seperti pentingnya pengetahuan yang terdapat di dalam Radix Satu Pilihan. Turut ditekankan sebagai antara yang paling penting di dalam slot 6M.

PBC Kelana Jaya pada 6 dan 7 Jun 2009 memperlihatkan kelahiran baru seorang pembentang slot Saraf Tapak Tangan yang mampu menarik lebih ramai peserta ke PBC. Dengan menggabungkan teknik penyampaian yang baik dengan fakta-fakta sains moden, penampilan PJS Suhaiza Rusli cukup bertenaga dan berkeyakinan.
Gaya kesungguhan seorang perawat dan Pembentang modul yang bakal menyerikan dunia MLM(S) HPA tanahair.

Program yang dipengarahkan oleh PJS Syed Ageel dan gandingan mantap PJS Zanbli dan isteri PJS Muzlina juga membariskan pembentang-pembentang hebat dari KPU dan KPA. Antaranya turut hadir PJM Ustaz Zahir, PJS Sabri dan PJM Hafizan yang telah memberikan kata-kata yang cukup bersemangat. Di medan PBC ini juga salah seorang AJK CRC turut melebarkan sayap perjuangan sebagai seorang Pengarah Jati. Tahniah kepada PJ Wafa semoga menjadi contoh kepada generasi-genarasi muda merwarnai saf kepimpinan dengan keyakinan dan semangat yang tak berbelah bagi.


PJ Siti Ibtihal Wafa



Khamis, Jun 04, 2009

HPA AMBIL 120 HERBALIS

Kini HPA sedang membuka kepada umum bagi pengambilan 120 orang pelajar untuk berkhidmat sebagai herbalis sepenuh masa di semua cawangan HPA. Mereka yang berminat akan menjalani kursus herbalis selama 1 tahun di Institut Teknologi HPA Sungai Petani.

Semua pelajar akan mendapat biasiswa sepenuhnya dari tabung pendidikan ITHPA dan syarat pemohonan adalah seperti berikut:

1. Memiliki sijil SPM/Diploma/Ijazah.
2. Mempunyai asas pelajaran sains peringkat menengah.
3. Boleh bertugas dimana-mana negeri di Malaysia.
4. Mempunyai minat yang mendalam dalam pengubatan herba.
5. Mempunyai keterampilan diri.
6. Proaktif dan inovasi.

Mereka yang berminat boleh menghubungi dengan bahagian latihan seperti berikut:-0193785079 (lutfi), 0196330727 (Sikin,Azira)


sumber dari blog PU

Isnin, Jun 01, 2009

INDAHNYA MLM HPA YANG BERLANDASKAN SYARIAH

Apabila kita memperkatakan tentang dunia MLM, kita sebenarnya berbicara mengenai dunia perniagaan tanpa sempadan. Ibarat kita mengembara dalam sebuah padang pasir yang gersang tanpa haluan sempadan. Yang memisahkan hanyalah pusaran debu-debu pasir yang berterbangan.

Cantiknya MLM HPA kerana ia berlandaskan konsep SYARIAH. Konsep ini membawa erti bahawa kita perlu berniaga dalam suasana penuh MAHABBAH (Kasih Sayang), TULUS, TELUS dan IKHLAS ke arah satu tujuan untuk mencapai REDHA ILLAHI. Justeru dalam melebarkan jaringan dan rangkaian, tidak timbul had dan sempadan penajaan. Kita bebas menaja sesiapa sahaja, di mana sahaja tanpa mengira warna kulit dan apa jua fahaman perniagaan yang dianuti.

Sifat KETERBUKAAN ini akan memberi jalan dan laluan kepada kita untuk terus berjuang dan berjaya. Oleh yang demikian penganjuran program atas nama HPA tidak terhad kepada batas sempadan. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha dan nampak jalan dan medan yang terbentang luas di hadapan.

Natijahnya, Program PBC pada 06 dan 07 JUN 2009 di Kompleks Haji Kelana Jaya dan pada 27 dan 28 JUN 2009 di TS Hotel Scientex, Pasir Gudang merupakan medan luas untuk para pejuang HPA mengambil peluang untuk bersama menghadirkan seramai mungkin peserta. Sesungguhnya setiap program HPA yang dibuat atas nama ISLAM adalah terbuka kepada semua ahli. Tidak ada had dan tidak ada slogan "INI ORANG AKU, ITU ORANG KAMU", atau PROGRAM INI UNTUK ORANG AKU, ORANG KAMU TIDAK LAKU" sekiranya pemimpin faham dan sefaham akan makna sebenar sebuah perjuangan bersama HPA.

Jika sudah terukir sebagai pemimpin, tetapi masih lagi ada sifat KEAKUAN, bermakna anda termasuk dalam senarai pemimpin yang HPA "TERSILAP PILIH".....

Renung-renungkanlah.....................
Sekadar renungan.....PJM ISMAIL OTHMAN

Sumber dari blog KPU...