Isnin, Jun 08, 2009

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Slot yang paling sinonem dan sering mendapat tempat di hati para peserta PBC, selain dari Pengenalan Syarikat dan Halal Haram ialah pembentangan mengenai ilmu Mendaignos Saraf Tapak Tangan. Sentiasa dinanti-nantikan kerana ianya bukan sahaja pengetahuan asas yang boleh dijadikan panduan malahan merupakan elemen penting yang mesti dikuasai oleh setiap ahli-ahli HPA yang ingin berjaya. Sama seperti pentingnya pengetahuan yang terdapat di dalam Radix Satu Pilihan. Turut ditekankan sebagai antara yang paling penting di dalam slot 6M.

PBC Kelana Jaya pada 6 dan 7 Jun 2009 memperlihatkan kelahiran baru seorang pembentang slot Saraf Tapak Tangan yang mampu menarik lebih ramai peserta ke PBC. Dengan menggabungkan teknik penyampaian yang baik dengan fakta-fakta sains moden, penampilan PJS Suhaiza Rusli cukup bertenaga dan berkeyakinan.
Gaya kesungguhan seorang perawat dan Pembentang modul yang bakal menyerikan dunia MLM(S) HPA tanahair.

Program yang dipengarahkan oleh PJS Syed Ageel dan gandingan mantap PJS Zanbli dan isteri PJS Muzlina juga membariskan pembentang-pembentang hebat dari KPU dan KPA. Antaranya turut hadir PJM Ustaz Zahir, PJS Sabri dan PJM Hafizan yang telah memberikan kata-kata yang cukup bersemangat. Di medan PBC ini juga salah seorang AJK CRC turut melebarkan sayap perjuangan sebagai seorang Pengarah Jati. Tahniah kepada PJ Wafa semoga menjadi contoh kepada generasi-genarasi muda merwarnai saf kepimpinan dengan keyakinan dan semangat yang tak berbelah bagi.


PJ Siti Ibtihal Wafa



Tiada ulasan: