Isnin, Disember 28, 2009

HARAPAN ATAU SEKADAR IMPIAN

Menghayati kata-kata Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad Pengarah Urusan HPA, hati akan terdetik dan terpanggil untuk lebih memahami erti semangat perjuangan yang di semai subur di sanubari kalangan pemimpin dan ahli-ahli HPA. Kegagalan untuk hadir sama di dalam dewan De Palma Hotel, Ampang sekurang-kurangnya dapat saya tebus dengan menulis sedikit rentetan melalui catatan seorang ibunda.

'HPA tetap teguh melalui pengalaman yang mendewasakan. Membangun dari semangat perkasa yang dibangunkan dari kejatuhan, tangisan dan kepayahan masa lalu untuk terus bangkit meneruskan pelayaran menuju ke suatu era kecemerlangan ummah dengan membawa misi dan visi yang tersendiri.'
"Kamu sayang HPA?" saya angguk kepala. "Sanggup berkorban deminya?" Saya masih angguk sambil hati diserbu persoalan mengapa harus di hunjam pertanyaan bertubi-tubi tentang keyakinan dan pandangan saya terhadap HPA. "Sanggup mempertahankan walau bergalang nafas dan darah?" Saya tetap senyum. Wajah bonda saya renung dalam-dalam.

Itulah soalan yang telah diajukan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad semasa di dalam dewan dan di sambut dengan akur janji setiap pemimpin, ketua-ketua dan wakil-wakil kelab dan komuniti yang hadir. Saya dapat bayangkan semangat yang berkobar-kobar diselang-selikan dengan laungan HPA Boleh! Boleh! Boleh!

Dalam majlis yang sama penerangan mengenai pemasalahan dan huraian dari persoalan demi persoalan yang bersangkutan dengan Insentif Ta'awun 2010 dari GM Tuan Faisol Abd Rahman telah dapat menjawab banyak pertanyaan yang juga berhubungkait dengan semangat dan kesetiaan. Tulisan di dalam buku merah milik seorang ibu saya ulangi membacanya berkali-kali. Terdapat amanat dan peringatan yang tegas dan jelas yang telah utarakan oleh tuan GM yang saya jangka semua yang hadir telah sedia maklum.

Harapan untuk melihat HPA terus gah di persada antarabangsa dan menjadi pemangkin kepada peningkatan dan kecemerlangan ekonomi umat islam seterusnya menerajui hala tuju, adakah akan tercapai seandainya kesatuan hati masih kabur dan pandangan masih berbagai-bagai.


Wakil dari CRC tengah dan CRC timur turut hadir.

Samaada kekal menjadi harapan paling akhir atau sekadar impian yang sukar untuk digapai, penentuan adalah terletak di pundak setiap yang bergelar ahli. Bagi saya untuk merealisasikan setiap cita-cita, pembentukan konsep pemikiran reflektif boleh digunapakai. Semoga Hijrah 1431 bakal mengulang sejarah mencipta warga HPA yang gemilang.

Tiada ulasan: