Untuk menjadi hebat, hendaklah sentiasa merasa diri kita hebat kerana tidak semua orang punya keberanian mengujudkan rasa hebat. Bila seseorang itu merasa hebat, kemampuan untuk melakukan walau sedikit perubahan juga dikira hebat. Kerana hebat itu letaknya pada keupayaan bukan pada besarnya cita-cita atau impian yang kita ada. Keupayaan berani untuk buat.
Banyak perkara yang saya belajar dari ertikata pengorbanan dan kegigihan. Difinasi yang berbeza namun amat berkait rapat dengan kejayaan. Kejayaan paling besar adalah apabila kita berupaya menangani kekecewaan emosi. Berdepan dengan kejayaan atau kekalahan merupakan saat yang paling menguja dan menyukarkan, maka setiap langkah pejuang itu haruslah sentiasa berilmu dan sentiasa rasional dan berhati-hati.
Oleh itu, apa pun yang ingin kita lakukan hendaklah dimulakan pada diri sendiri. Merancang dengan baik dan seterusnya melaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan