Jumaat, Julai 31, 2009

PJM SYED AGEEL : ANAK MUDA YANG GIGIH BERJUANG



TERSENARAI TERBAIK 20 HPA MALAYSIA (TOP 20). PEMIMPIN YANG LAHIR DARI PROGRAM PBC.

Untuk berjaya dan menjayakan orang lain, bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu banyak sabar, banyak pengorbanan, rela menempuh kepayahan dan perlu bersedia mengharungi duri dan ranjau. Dalam usia yang terlalu muda bersama HPA, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin telah membuktikan kepada kita semua bahawa jika bermula dengan niat yang betul, dilakukan dengan cara yang betul, pasti hasilnya akan berlipat kali ganda. Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin dan cetusan semangat kepadanya:

“ Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.

Anak muda kelahiran Pulau Pinang ini mula menceburkan diri bersama HPA pada Ogos 2006. Walaupun pada peringkat awalnya beliau tidak mempercayai system MLM ini, namun lama- kelamaan beliau makin bertambah yakin dan nampak peluang yang terhidang di hadapan. Kesan dari Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC ) pada Oktober 2006 di Sungai Petani menjadikan PJS Syed Ageel semakin hari semakin bersemangat untuk berjuang dan bergelumang dengan dunia barunya, HPA.

Menerima Anugerah Pengarah Jati Mahkota (PJM)

PJS Syed Ageel sanggup berhenti kerja. Beliau melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008 semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perjuangan HPA. Ramai kawan-kawan mengatakan beliau tersilap dan “sudah gila”. Jawatan besar dan pendapatan yang lumayan sanggup ditinggalkannya. Sebagai seorang yang berprinsip dan tegas, PJS Syed Ageel mula menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang. Beliau menggempur HPA habis-habisan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.

Anugerah Terbaik 20 HPA Malaysia (TOP 20) mengerjakan IBADAH HAJI

Daripada seorang yang pemalu dan pendiam, malah kurang bercakap, akhirnya PJS Syed Ageel mula bertukar watak dan sifat. Beliau keluar ke tengah-tengah masyarakat dengan membina jaringan dari Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Kedah malah beliau berkelana hingga ke Negara Brunei Darussalam, Medan dan Palembang di Indonesia.

Sentiasa bersama isteri tercinta, PJS Suhaiza Rusli

Dalam tempoh dua tahun sahaja, PJS Syed Ageel berupaya mencipta kejayaan dengan memperoleh pendapatan bulanan 5 angka sebulan. Bukan itu saja, beliau juga telah dinobatkan sebagai TOP 20 HPA dalam KONVEK ’09 yang lalu dan meraih anugerah mengerjakan IBADAH HAJI ke Tanah Suci Kota Mekah. Kini namanya sudah sebaris dengan nama-nama besar yang lama dalam HPA. Beliau merupakan Pengarah Jati Mahkota (PJM) dan tersenarai dalam 20 pemimpin terbaik HPA Malaysia bagi tahun 2008-2009.


Gambar kenangan bersama rangkaian dari Pasir Gudang Johor

Sesungguhnya anugerah yang diterimanya itu, adalah layak dan setimpal dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukannya. Beliau cukup gigih dalam membina rangkaian. Telinga sudah tebal dengan sindiran dan cercaan. Namun beliau tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Semangatnya kuat, jiwanya kental dan beliau sangat prihatin dan positif kepada rangkaiaannya. Malah beliau merupakan idola kepada semua rangkaiannya sama ada di Malaysia, Brunei dan juga di Indonesia.

Tahniah PJS Syed Ageel.



Sumber blog KPU...Ends......nukilan PJM Ismail Bin Othman

Tiada ulasan: