Isnin, Julai 06, 2009

MENCARI ILMU DAN BERKONGSI PENGALAMAN DI PBC KEPALA BATAS PULAU PINANG

Satu perjalanan yang tak terjangkakan dalam memungut erti sebuah perjuangan dalam berkongsi harapan, berkongsi ilmu, menimba pengalaman serta menambah kemahiran di Program Perkongsian Bijak Cemerlang, Hotel Seri Malaysia Kepala Batas Pulau Pinang bermula dari terbit fajar 4 julai sehingga petang 5 julai 2009 yang melakar seribu kenangan dalam membena kekuatan dan mendidik semangat...Buat pengarah bagi Committee Radix Centre, PJ Rahmah Rahmat.



Kehadiran peserta seramai 180 orang membuktikan bahawa HPA di Pulau Pinang sedang mengorak langkah ke arah kecemerlangan sebagaimana yang berlaku di Sungai Petani dan Lembah Kelang.

Paling menarik dalam PBC pada kali ini ialah kehadiran peserta dari seluruh negara. Ia membabitkan rangkuman menyeluruh komitmen semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan pemimpin utama dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Selain dari Pulau Pinang dan Kedah, peserta-peserta juga datang dari Johor, Selangor, Perak, Terengganu, Kuala Lumpur dan Pantai Timur Semenanjung. Hadir sama sebagai peserta ialah 10 pelajar tahfiz dari Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor.

Selain itu, semua penceramah yang menyampaikan slot terdiri daripada pemimpin-pemimpin HPA yang telah berjaya di dalam dunia perniagaan MLM (S) HPA. Antaranya PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJM Mohd Nadzri Ahmad, PJM Ismail Othman, PJM Noreda Hamid, PJM Syed Salahuddin Syed Mahayadin, PJM Sharifah Sulaiman dan PJM Azizan Ahmad (Presiden KPU).

PBC kali ini juga dibantu oleh fasilitator terlatih dan berpengalaman. Antaranya ialah PJS Muzlina, PJS Suhaiza, PJS Rohani, PJ Rahmah (CRC Pasir Gudang), PJ Wafa (Ipoh), PJ Johari, PJ Othman, PJ Cikgu Shikh, PJ Cikgu Ariff, PR Borhan, PL Azman, Salleh Azmi, Roshhidee, Redzednan Wahab, Fadlina, Norwaheeda dan Balkhis.

Apapun, kejayaan PBC Kepala batas pada kali ini terletak di tangan dua orang pengarahnya, iatu PJM Syed Ageel dan PJS Zanbli. Mereka merupakan penggerak dan pendokong serta pendorong utama ke arah kejayaan PBC yang dianjurkan. Gandingan mantap serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh kedua-dua tokoh muda ini menjadikan PBC Kepala Batas antara yang terhebat di Zon Utara.

Sesungguhnya Ya Allah seandainya langkah ini adalah suatu yang tersurat maka Engkau perjelaskanlah segala yang tersirat agar dapat Engkau permudahkan segala urusan dan perkerjaan dalam ertikata sebuah perjuangan....Maka,Ya Allah... Engkau berikanlah kepadanya ketetapan iman dan kesabaran semoga setiap langkahnya sentiasa dalam keberkatan dan kasih sayang-Mu...


Tiada ulasan: