Isnin, April 12, 2010

PBC 17-18 April 2010 TS Hotel

GEMPUR PBC
Satu Peluang Satu Penghayatan 




Jika anda bijak membuat pilihan maka kehadiran anda adalah dikira sebagai satu kebijaksanaan kerana PBC adalah program gegar semangat dilengkapi dengan konsep keilmuan. Pilihan akan menentukan hala tuju. Setiap pilihan akan diikuti dengan implikasi yang tersendiri. Takrifkan keyakinan anda dan adakah ianya perlukan penangguhan? 

Jika anda bersedia untuk berubah, jawapannya ada dalam Program Perkongsian Bijak Cemerlang. Rangsang minda anda dengan perkataan BOLEH! sebagai satu dorongan bukan sekadar laungan. Jangan terlambat. Pendaftaran masih dibuka sekarang.

NOTIS MASYUARAT AGUNG KAWASAN

KEPADA SEMUA ANGGOTA KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD KAWASAN SELATAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Koperasi Wahida HPA Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Tahunan bagi melantik perwakilan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke - 4.

Agenda Mesyuarat adalah rujuk kepada lampiran di dalam surat jemputan yang dihantar kepada tuan/puan.

* Bagi anggota yang akan hadir ke mesyuarat tersebut, sila daftarkan nama anda di cawangan HPA terdekat dan maklumkan kawasan anda.

* Sila bawa kupon yang dilampirkan bersama-sama surat semasa menghadiri mesyuarat untuk melayakkan tuan/puan menerima elaun.

Kawasan : Selatan, Sabah & Serawak
Tarikh     : 14 April 2010
Tempat    : Dewan Nuruddin Fahmi
                   No 54, Jalan Ciku, 
                   86000 Kluang Johor
Masa        : 9.30 pagi - 11.30 tengahari



Jumaat, April 09, 2010

SIMULASI GEN-2

Mencerna Kemahiran Berinteraksi.
7-8 April 2010. Dewan Nuruddin Fahmey Kluang.

Dalam usaha untuk melahirkan The Great Leader, individu yang berkesungguhan mestilah bersedia dengan pemahaman yang positif. Kreativiti berfikir hendaklah diletakkan sejajar dengan kemahuan dan keyakinan. Sesekali menongkah arus tidak bererti anda tersilap arah kerana ramai usahawan yang berjaya telah meletakkan diri dan minda mereka di dalam medan yang sentiasa menerima cabaran.

Berakhirnya program GEN-2 diharapkan bakal melahirkan generasi yang berkaliber.Mensimulasikan segala kemungkinan dengan sentiasa peka dan bersedia dengan ilmu dan beberapa latihan yang telah dibekalkan. Namun untuk melangkah lebih jauh individu haruslah bijak meletakkan prinsip dalam matlamat yang betul.

Melakukan Persediaan awal 







Semoga kehadiran seramai 160 peserta dapat membentuk respon proaktif sebagai perintis terhadap perubahan untuk perjuangan memertabatkan ekonomi umat islam setanding dengan bangsa lain melalui wadah perjuangan HPA.