KEPADA SEMUA ANGGOTA KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD KAWASAN SELATAN
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Koperasi Wahida HPA Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Tahunan bagi melantik perwakilan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke - 4.
Agenda Mesyuarat adalah rujuk kepada lampiran di dalam surat jemputan yang dihantar kepada tuan/puan.
* Bagi anggota yang akan hadir ke mesyuarat tersebut, sila daftarkan nama anda di cawangan HPA terdekat dan maklumkan kawasan anda.
* Sila bawa kupon yang dilampirkan bersama-sama surat semasa menghadiri mesyuarat untuk melayakkan tuan/puan menerima elaun.
Kawasan : Selatan, Sabah & Serawak
Tarikh : 14 April 2010
Tempat : Dewan Nuruddin Fahmi
No 54, Jalan Ciku,
86000 Kluang Johor
Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengahari
Isnin, April 12, 2010
Jumaat, April 09, 2010
SIMULASI GEN-2
Mencerna Kemahiran Berinteraksi.
7-8 April 2010. Dewan Nuruddin Fahmey Kluang.
7-8 April 2010. Dewan Nuruddin Fahmey Kluang.
Dalam usaha untuk melahirkan The Great Leader, individu yang berkesungguhan mestilah bersedia dengan pemahaman yang positif. Kreativiti berfikir hendaklah diletakkan sejajar dengan kemahuan dan keyakinan. Sesekali menongkah arus tidak bererti anda tersilap arah kerana ramai usahawan yang berjaya telah meletakkan diri dan minda mereka di dalam medan yang sentiasa menerima cabaran.
Berakhirnya program GEN-2 diharapkan bakal melahirkan generasi yang berkaliber.Mensimulasikan segala kemungkinan dengan sentiasa peka dan bersedia dengan ilmu dan beberapa latihan yang telah dibekalkan. Namun untuk melangkah lebih jauh individu haruslah bijak meletakkan prinsip dalam matlamat yang betul.
Melakukan Persediaan awal
Semoga kehadiran seramai 160 peserta dapat membentuk respon proaktif sebagai perintis terhadap perubahan untuk perjuangan memertabatkan ekonomi umat islam setanding dengan bangsa lain melalui wadah perjuangan HPA.
Ahad, April 04, 2010
INFO KESIHATAN - KISMIS

RAHSIA KISMIS
Masih ingatkah anda dengan pesan orang tua-tua atau ibu tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam pelajaran? Tentulah kismis. Menjelang peperiksaan inilah satu-satunya diet yang kerap diberikan ibu.
Adakah dakwaan kismis dan kaitan ketajaman minda benar atau ia sekadar mitos? Ini kerana jarang sekali ibu bapa atau orang tua dapat memberikan penjelasan lanjut kenapa kismis baik untuk minda.
Adakah kebaikan kismis hanya sekadar menyumbang kepada manfaat minda semata-mata?
Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab, disabdakan Rasulullah SAW, "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."
Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu?
Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu?

Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan
Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitianmengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi.

Kenapa begitu? "Ia adalah salah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium," nukil artikel itu.
Jika begitu, tidakkah kismis membahayakan kesihatan? Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga.Kenapa begitu? "Ia adalah salah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium," nukil artikel itu.
Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.
Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan.
Kepelbagaian manfaat itu sebenarnya bukanlah hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa.
Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.
Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.
Langgan:
Ulasan (Atom)




