PENDAFTARAN DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI HPA!. Pembuka tirai 2010 CRC mengalu-alukan penglibatan anda untuk berkongsi ilmu bagi melahirkan usahawan HPA yang bersemangat dan berdaya saing.
Tempat : TS Hotel (Scientex) Pasir Gudang
Tarikh : 23 - 24 Januari 2010
Bayaran : RM160 untuk setiap peserta
Diantara para pembentang yang akan turut serta:
PJM Syed Ageel - Slot Pelan Pemasaran/Motivasi
PJM Rosmandi Ishak - Slot Halal Haram
PJM Siti Habibah - Slot Mendiagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan
PJE Mokhlas - Slot 6M
PJ Rahmah Rahmat - Slot Pengenalan Syarikat
PJS Ustaz Safuan - Slot Radix Satu Pilihan dan pengetahuan produk
Imam Zulkifli bin Sulong - Slot Qiamulail dan Kuliah Subuh.
Sebarang pertanyaan sila hubungi PJ Rahmah 017-7449892, PJM Syed Ageel 013-4882778, PJE Khalid Salim 012-7560331.
Rabu, Disember 30, 2009
Isnin, Disember 28, 2009
HARAPAN ATAU SEKADAR IMPIAN
Menghayati kata-kata Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad Pengarah Urusan HPA, hati akan terdetik dan terpanggil untuk lebih memahami erti semangat perjuangan yang di semai subur di sanubari kalangan pemimpin dan ahli-ahli HPA. Kegagalan untuk hadir sama di dalam dewan De Palma Hotel, Ampang sekurang-kurangnya dapat saya tebus dengan menulis sedikit rentetan melalui catatan seorang ibunda.
'HPA tetap teguh melalui pengalaman yang mendewasakan. Membangun dari semangat perkasa yang dibangunkan dari kejatuhan, tangisan dan kepayahan masa lalu untuk terus bangkit meneruskan pelayaran menuju ke suatu era kecemerlangan ummah dengan membawa misi dan visi yang tersendiri.'
"Kamu sayang HPA?" saya angguk kepala. "Sanggup berkorban deminya?" Saya masih angguk sambil hati diserbu persoalan mengapa harus di hunjam pertanyaan bertubi-tubi tentang keyakinan dan pandangan saya terhadap HPA. "Sanggup mempertahankan walau bergalang nafas dan darah?" Saya tetap senyum. Wajah bonda saya renung dalam-dalam.
Itulah soalan yang telah diajukan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad semasa di dalam dewan dan di sambut dengan akur janji setiap pemimpin, ketua-ketua dan wakil-wakil kelab dan komuniti yang hadir. Saya dapat bayangkan semangat yang berkobar-kobar diselang-selikan dengan laungan HPA Boleh! Boleh! Boleh!
Dalam majlis yang sama penerangan mengenai pemasalahan dan huraian dari persoalan demi persoalan yang bersangkutan dengan Insentif Ta'awun 2010 dari GM Tuan Faisol Abd Rahman telah dapat menjawab banyak pertanyaan yang juga berhubungkait dengan semangat dan kesetiaan. Tulisan di dalam buku merah milik seorang ibu saya ulangi membacanya berkali-kali. Terdapat amanat dan peringatan yang tegas dan jelas yang telah utarakan oleh tuan GM yang saya jangka semua yang hadir telah sedia maklum.
Harapan untuk melihat HPA terus gah di persada antarabangsa dan menjadi pemangkin kepada peningkatan dan kecemerlangan ekonomi umat islam seterusnya menerajui hala tuju, adakah akan tercapai seandainya kesatuan hati masih kabur dan pandangan masih berbagai-bagai.



Samaada kekal menjadi harapan paling akhir atau sekadar impian yang sukar untuk digapai, penentuan adalah terletak di pundak setiap yang bergelar ahli. Bagi saya untuk merealisasikan setiap cita-cita, pembentukan konsep pemikiran reflektif boleh digunapakai. Semoga Hijrah 1431 bakal mengulang sejarah mencipta warga HPA yang gemilang.
'HPA tetap teguh melalui pengalaman yang mendewasakan. Membangun dari semangat perkasa yang dibangunkan dari kejatuhan, tangisan dan kepayahan masa lalu untuk terus bangkit meneruskan pelayaran menuju ke suatu era kecemerlangan ummah dengan membawa misi dan visi yang tersendiri.'
Itulah soalan yang telah diajukan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad semasa di dalam dewan dan di sambut dengan akur janji setiap pemimpin, ketua-ketua dan wakil-wakil kelab dan komuniti yang hadir. Saya dapat bayangkan semangat yang berkobar-kobar diselang-selikan dengan laungan HPA Boleh! Boleh! Boleh!
Harapan untuk melihat HPA terus gah di persada antarabangsa dan menjadi pemangkin kepada peningkatan dan kecemerlangan ekonomi umat islam seterusnya menerajui hala tuju, adakah akan tercapai seandainya kesatuan hati masih kabur dan pandangan masih berbagai-bagai.
Isnin, Disember 21, 2009
HPA...BILA HATI JATUH CINTA
Dari Selatan tanahair setelah berhijrah meninggalkan Singapura nenek Zainab merupakan seorang yang teguh kekuatan hati. Sanggup berjalan sejauh lebih dari satu kilometer berulang alik ke cawangan Masai (Pasir Gudang) semata-mata untuk menyampaikan barangan halal HPA ke ruang dapur rumah-rumah jiran. Pandangan beliau terhadap masa bila dikaitkan dengan usia cukup jelas, Biar sedikit tetapi berkualiti.
Langgan:
Catatan (Atom)

