Isnin, Julai 06, 2009

MENCARI ILMU DAN BERKONGSI PENGALAMAN DI PBC KEPALA BATAS PULAU PINANG

Satu perjalanan yang tak terjangkakan dalam memungut erti sebuah perjuangan dalam berkongsi harapan, berkongsi ilmu, menimba pengalaman serta menambah kemahiran di Program Perkongsian Bijak Cemerlang, Hotel Seri Malaysia Kepala Batas Pulau Pinang bermula dari terbit fajar 4 julai sehingga petang 5 julai 2009 yang melakar seribu kenangan dalam membena kekuatan dan mendidik semangat...Buat pengarah bagi Committee Radix Centre, PJ Rahmah Rahmat.



Kehadiran peserta seramai 180 orang membuktikan bahawa HPA di Pulau Pinang sedang mengorak langkah ke arah kecemerlangan sebagaimana yang berlaku di Sungai Petani dan Lembah Kelang.

Paling menarik dalam PBC pada kali ini ialah kehadiran peserta dari seluruh negara. Ia membabitkan rangkuman menyeluruh komitmen semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan pemimpin utama dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Selain dari Pulau Pinang dan Kedah, peserta-peserta juga datang dari Johor, Selangor, Perak, Terengganu, Kuala Lumpur dan Pantai Timur Semenanjung. Hadir sama sebagai peserta ialah 10 pelajar tahfiz dari Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor.

Selain itu, semua penceramah yang menyampaikan slot terdiri daripada pemimpin-pemimpin HPA yang telah berjaya di dalam dunia perniagaan MLM (S) HPA. Antaranya PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJM Mohd Nadzri Ahmad, PJM Ismail Othman, PJM Noreda Hamid, PJM Syed Salahuddin Syed Mahayadin, PJM Sharifah Sulaiman dan PJM Azizan Ahmad (Presiden KPU).

PBC kali ini juga dibantu oleh fasilitator terlatih dan berpengalaman. Antaranya ialah PJS Muzlina, PJS Suhaiza, PJS Rohani, PJ Rahmah (CRC Pasir Gudang), PJ Wafa (Ipoh), PJ Johari, PJ Othman, PJ Cikgu Shikh, PJ Cikgu Ariff, PR Borhan, PL Azman, Salleh Azmi, Roshhidee, Redzednan Wahab, Fadlina, Norwaheeda dan Balkhis.

Apapun, kejayaan PBC Kepala batas pada kali ini terletak di tangan dua orang pengarahnya, iatu PJM Syed Ageel dan PJS Zanbli. Mereka merupakan penggerak dan pendokong serta pendorong utama ke arah kejayaan PBC yang dianjurkan. Gandingan mantap serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh kedua-dua tokoh muda ini menjadikan PBC Kepala Batas antara yang terhebat di Zon Utara.

Sesungguhnya Ya Allah seandainya langkah ini adalah suatu yang tersurat maka Engkau perjelaskanlah segala yang tersirat agar dapat Engkau permudahkan segala urusan dan perkerjaan dalam ertikata sebuah perjuangan....Maka,Ya Allah... Engkau berikanlah kepadanya ketetapan iman dan kesabaran semoga setiap langkahnya sentiasa dalam keberkatan dan kasih sayang-Mu...


GM HPA LANCARKAN JIHAD BASMI "MASTER RADIX"

JIHAD MEMBASMI KOPI PALSU MASTER RADIX

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini beberapa langkah akan di ambil segera.


1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)

2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)

3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA).

4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)

Lokasi Batu Kurau: "Semakin berani" "buat promosi lagi" , "ADA BAJU SERAGAM"
AYUH WARGA HPA SEKELIAN. SEKIRANYA ANDA TERJUMPA PRODUK MASTER RADIX DI WARUNG ATAU KEDAI RUNCIT BERKATA KEPADA MERAKA BAHAWA INI PRODUK PALSU !!!!!!!!!!
Sumber dari blog KPU...

Rabu, Julai 01, 2009

PBC TS HOTEL 27 - 28 JUN 2009

PBC TS HOTEL 27 - 28 JUN 2009

Alhamdulillah dengan kehadiran seramai 68 peserta Program Perkongsian Bijak Cemerlang di TS Hotel Scientex Pasir Gudang telah selamat diadakan dengan jayanya. Dengan menerima maklum balas yang rata-rata berpuas hati dengan kelancaran pengurusan dan pengisian program adalah tidak menjadi sesuatu yang mengejutkan bila satu hari nati HPA membuka kegemilangan baru dalam meneroka satu perjuangan tanpa sempadan di selatan.

Terdiri dari barisan pembentang yang berwibawa dan berkarisma di sini di tuliskan semula beberapa komen yang diterima dari bekas para peserta.

" suka sangat dengan orang rumah Syed Ageel (rujuk kepada PJS Suhaiza Rusli) dia mengajar tertib. Senang faham. Suka cara dia mengajar " - Kak Ramah Md Tab

" Ustaz Zahir orang yang banyak ilmu..rugi kalau orang tak ambil peluang. Selepas dengar apa yang disampaikan oleh beliau saya rasa nampak semua depan mata apa yang saya nak kena buat " - Zul

" Gelihati tengok Ustaz Safuan sampaikan radik satu pilihan. Lain dari yang lain tapi best! " - Selamah Wagiman.

" En Khalid ( rujuk kepada PJE Khalid Salim yang menyampaikan modul Pengenalan Syarikat) memang pandai cakap sebab tu dia boleh tarik orang sampai 40-50 orang datang PBC " - Yus

Walau bagaimana pun PJS Syed Ageel tetap menjadi nadi pengerak utama yang sentiasa dinanti-nantikan kerana hampir semua komen menyatakan " Syed Ageel paling best! buat orang tak mengantuk!"...

" Mak cik paling suka Qiamulail dengan kuliah subuh. Ustaz yang bawak tu pandai yek..? Kursus ni tak sama macam kursus lain " - Mak cik Nor

Qiamulail telah dipimpin oleh Ustaz Noor Effendi dan Kuliah subuh serta bacaan Al-mathurat oleh PJ Ustaz Fauzi Md Yatim.

Tahniah kepada semua warga CRC yang terlibat. Pengarah Program PJ Rahmah Rahmat dan urusetia dan Setinggi ucapan terima kasih kepada para pembentang modul yang berjaya menyentuh naluri hati para peserta. Semoga impak yang mendatang nanti adalah kelahiran para usahawan HPA yang berani maju dan berjuang dengan penuh istiqomah dalam menentukan kebangkitan dan pengukuhan ekonomi umat islam melalui HPA sebagai satu wadah.