Sabtu, April 11, 2009

Majlis Diskusi Di Cawangan HPA Kota Tinggi dan Bandar Baru Uda

Pada 8 April 2009 jam lapan malam bertempat di HPA Cawangan Kota Tinggi, telah berlangsung majlis diskusi bersama pemimpin yang membuka peluang kepada para peserta mengemukakan beberapa soalan mengenai hala tuju dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya di dalam perniagaan HPA bersama PJS Syed Ageel. Majlis berlangsung dalam suasana sedikit kekurangan kerana ruang bilik untuk program mingguan sedang diperbaiki. Namun demikian ianya tidak sedikitpun mematahkan semangat para peserta yang hadir.PJS Syed Ageel sedang memberi penerangan dalam salah satu sesi soal jawab.




Sebahagian peserta lepasan PBC bulan lalu turut mengambil peluang sama-sama mencedok ilmu yang diberikan. Semoga mereka dapat memanfaatkan segala panduan yang telah diberi sebagai memulakan langkah perjuangan.

Esoknya pula pada 9 april jam 8 malam telah berlangsung majlis yang sama di HPA Cawangan Bandar Baru Uda Johor. Majlis yang julung kalinya dianjurkan oleh CRC (Committee Radix Centre) di bawah naungan KPU telah mendapat isyarat awal yang baik dari ahli-ahli HPA di sekitarnya.


Timbalan Pengerusi CRC, PJ Ustaz Fauzi Mohd Yatim sedang menerangkan beberapa perkara yang menjadi tajuk utama di dalam topik perbincangan.



Turut diselitkan penerangan secara ringkas tetapi padat mengenai HPA kepada ahli-ahli baru yang baru mendaftar dan yang akan ke PBC (Program Perkongsian Bijak Cemerlang) pada 18 dan 19 April 2009 nanti.






CRC amat berharap semoga program yang diadakan akan berterusan sebagai satu wadah bagi setiap ahli HPA dikawasan sekitarnya menimba ilmu dalam memperjuangkan produk umat islam.




Tiada ulasan: