Ahad, Januari 31, 2010

KHASIAT JAMBU BATU (PINK GUAVA)


- Menggandungi Vitamin C, 5 kali ganda lebih daripada oren

- Kandungan tinggi dalam kalsium dan iron

- Membaiki keadaan cirit-birit, megurangkan kesakitan,

- Anti free radicals, mengurangkan kekejangan

- Meningkatkan fungsi jantung

- Mengurangkan paras gula dalam darah badan.

 


Fakta-fakta “Pink Guava”

‘Pink Guava’ adalah satu sumber yang baik untuk kesihatan dan ada beberapa jenis vitamin dan mineral, termasuk vitamin C, A, kalsiam kalium dan folate. Ia adalah juga satu sumber gantian yang baik
dikenali untuk membantu mengcegah gastrousus kanser serta merendahkan tahap-tahap kolesterol.
Jus “Pink Guava” mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. 

Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu merah adalah pilihan yg sesuai.

...Sumber info..Rozaini Bin Mamod


Jumaat, Januari 29, 2010

AWAS PLASMA DARAH DALAM MAKANAN..!!!


Muslim perlu waspada campuran plasma darah dalam makanan

KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.

Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.

Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.

“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.

“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.

Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.

Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.

Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.

Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.

“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan tidak halal.


“Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.

Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.

Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.

Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.

Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal. - Oleh Jami'ah Shukri

Sumber : BHarianOnLine 2009/12/28



Khamis, Januari 28, 2010

Tentang Penapis Air Dew

Assalammualaikum..
Ramai yang bertanya lewat sms dan di meeting mingguan tentang Penapis Air Dew HPA. Maknanya ia mula menarik minat ramai pengguna. InsyaAllah bagi sesiapa sahaja yang berkesungguhan produk ini akan menjadi salah satu keluaran HPA yang popular.

KOD PRODUK : AH04
NAMA PRODUK : PENAPIS AIR DEW
HARGA PENGEDAR : 750.00 (S/M), 850.00 (S/S)
HARGA PENGGUNA : 900.00(S/M), 1000.00 (S/S)
NILAI MATA : 50



KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.


KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA

Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.

Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.

Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.


MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi

....Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi...