Jumaat, Jun 19, 2009

PBC TS HOTEL (SIENTEX) PASIR GUDANG


PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG.


Dibuka kepada semua ahli HPA.


Tempat : TS Hotel (Scientex) Taman Scientex Pasir Gudang


Tarikh : 27 - 28 Jun 2009


Bayaran : RM 160.00


PARA PEMBENTANG MODUL:




1. PJS Ustaz Zahir Ghazali



3. PJS Siti Habibah (Kak Bib)


4. PJS Syed Ageel

5. PJS Ustaz Safuan



MOTIVASI BERSAMA PEMIMPIN:


1. PJS Noor Hyzad Mohd Kasim

2. PJ Siti Hajar

3. PJ Norhakim

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi:

PJ Rahmah Rahmat 017 -7449892
PJ Ustaz Fauzi Md Yatim 019-7970111
PJE Khalid Salim 012-7560331.

Ahad, Jun 14, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN DI CAWANGAN BBU

Program Pemantapan di Cawangan HPA Bandar Baru Uda telah selamat diadakan dengan jayanya pada 14 jun 2009. Walaupun sedikit terlewat namun program yang di kelolakan oleh PJS Syed Ageel tetap mendapat sambutan dengan kehadiran peserta seramai 48 orang dan ianya menjadi satu permulaan yang cukup baik bagi BBU. Turut hadir memeriahkan lagi program ialah PJS Roslina Hashim.Program yang bersifat sentuhan motivasi bagi lepasan-lepasan PBC ini membantu membuka minda dan menaikkan semula semangat di kalangan bekas peserta yang rata- ratanya kurang memberi perhatian dari sudut keyakinan dan kehendak sebagai seorang usahawan.

Turut diberi penekanan ialah pengetahuan tentang produk dan asas perawatan dalam mengenal pasti penyakit melalui kaedah mendiagnos saraf tapak tangan yang disampaikan oleh PJ Rahmah Rahmat.

Tekun mendengar penerangan-penerangan yang disampaikan. Semoga kesungguhan mereka-mereka ini akan melahirkan usahawan-usahawan HPA yang berjaya di bumi Johor nanti.
PJS Syed Ageel merupakan antara pembentang modul yang sangat diminati kerana sering menyentuh isu-isu terkini dengan gayanya yang mencuit hati para hadirin membuatkan setiap program yang dikendalikan mendapat maklum balas yang amat mengalakkan.

Keakraban yang sentiasa menguntumkan bunga-bunga keceriaan.
Bergambar beramai-ramai bersama PJS Syed Ageel dan PJS Roslina Hashim
Sesungguhnya setiap kesungguhan itu jika berterusan akan membuahkan kejayaan dan sebaliknya jika setiap usaha yang dibuat hanya separuh jalan maka hasilnya hanyalah satu kerugian. Maka dengan itu diharapkan program pemantapan ini telah dapat mengejutkan kesadaran setiap pejuang-pejuang ekonomi umah yang telah terlena sebentar.







Rabu, Jun 10, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN DI CAWANGAN BBU...

Satu Pendekatan Satu Matlamat:

Program Pemantapan akan diadakan di Cawangan HPA Bandar Baru Uda pada 14 Jun 2009. Membuka ruang kepada para lepasan PBC khususnya mengenal pasti hala tuju dan matlamat masing-masing di dalam HPA dengan bimbingan yang akan diberikan.

Program sehari yang dianggap sebagai satu pendekatan satu matlamat dibuka kepada seluruh ahli HPA yang ingin menyertainya juga sebagai satu suntikan semangat kepada para usahawan HPA yang sedia ada.

Program yang bersifat kejutan motivasi ini akan disampaikan oleh PJS Syed Ageel bermula dari jam 9 pagi hingga 1.30 tengahari. Bayaran sebanyak RM 5.00 untuk persedian jamuan ringan bagi memastikan program berjalan mengikut waktu yang ditetapkan.

".....Maka tidak ada satupun kejayaan yang dikecapi oleh seseorang di dunia ini tanpa rintangan. Orang yang berjaya tidak pernah putus asa dan orang yang putus asa tidak akan pernah berjaya...."