Jumaat, April 23, 2010

PROGRAM PEMANTAPAN

COMMITTEE RADIX CENTRE (CRC)
No.1 Jalan Bayan 2/3 Taman Kota Puteri
81750 Masai Johor.
No tel : 017 744 9892


20 April 2010


Kepada,

Tuan /Puan / Encik / Cik


PROGRAM PEMANTAPAN APRIL 2010

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.    Dimaklumkan Tuan/Puan/Encik/Cik dijemput untuk hadir sama di dalam Program Pemantapan “Cara Penajaan Berkesan” bagi lepasan PBC anjuran Committee Radix Centre (CRC) seperti berikut:

Tarikh            : 28 April 2010
Masa             : 8:30 Malam – 11:00 Malam
Tempat          : Cawangan HPA Pasir Gudang
                        Taman Masai Utama 81750 Masai Johor.
Pembentang   :  PJM Syed Ageel Syed Muhammad Mahayadin
Bayaran         : RM15 (Makan malam & Peralatan)

 Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/ Puan/ Encik/Cik bagi melancarkan program ini amatlah dihargai.

Sekian, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Yang Benar

...............................
(Siti Noor Syuhada)
Setiausaha CRC


Sk: PJM Syed Ageel
       Penaung CRC



Rabu, April 21, 2010

Isnin, April 12, 2010

PBC 17-18 April 2010 TS Hotel

GEMPUR PBC
Satu Peluang Satu Penghayatan 




Jika anda bijak membuat pilihan maka kehadiran anda adalah dikira sebagai satu kebijaksanaan kerana PBC adalah program gegar semangat dilengkapi dengan konsep keilmuan. Pilihan akan menentukan hala tuju. Setiap pilihan akan diikuti dengan implikasi yang tersendiri. Takrifkan keyakinan anda dan adakah ianya perlukan penangguhan? 

Jika anda bersedia untuk berubah, jawapannya ada dalam Program Perkongsian Bijak Cemerlang. Rangsang minda anda dengan perkataan BOLEH! sebagai satu dorongan bukan sekadar laungan. Jangan terlambat. Pendaftaran masih dibuka sekarang.