Rabu, Januari 13, 2010

Sila Ambil Perhatian.

PENAJAAN SEMULA PENGEDAR TAK AKTIF TAHUN 2006 KE BAWAH..


Info dari Meja GM HPA

Assalamualaikum..Salam Satu HPA

Terima kasih diatas komen yang disampaikan pada saya. Tujuan kita melakukan penajaan semula adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.

Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak usia HPA, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 0.058% sahaja yang aktif (membuat belian 50 Nilai Mata ke atas setiap bulan). Sehubungan dengan ini HQ HPA mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula sebagai Usahawan HPA.

Tatacara Penajaan Semula.

1. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA, kit niaga RM30.00
2. Isi borang menamatkan Keahlian Lama.
3. Tulis surat persetujuan untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
4. Sertakan salinan Kad Pengenalan.
5. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006 ke bawah.
6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh 6 bulan sebelum ditaja semula.

Ends...

...sumber blog KPU.

Isnin, Januari 11, 2010

MENARA HPA BAKAL JADI KENYATAAN


Alhamdulillah...HPA berjaya menambah satu lagi mercu tanda kegemilangan bilamana 50 peratus lagi usaha untuk mendapatkan Menara setinggi 13 tingkat berjaya diselesaikan.Bertempat di Seksyen 13 Shah Alam merupakan kawasan yang paling berpotensi untuk HPA melebarkan sayap perniagaan. Buat semua anak watan...anak bangsa yang mendukung perjuangan HPA, walau di mana juga kita berada HPA merupakan satu jihad ekonomi umat islam..TAKBIR!!!!

Jumaat, Januari 08, 2010

PARADIGMA PBC

Untuk menghasilkan satu anjakan besar kesan dari PBC bukanlah sesuatu yang mudah walau kelihatan seperti tidak terlalu sukar. Arus pemikiran progresif seringkali menghentam seperti tsunami. Mara kemudiannya reda dan tenang seketika. Namun wacananya seringkali membanggakan.

Kesadaran yang dipupuk seumpama menyemai benih yang adakalanya dimakan burung. Tidak menjadi tetapi sekurang-kurangnya bermanfaat.

Jadi apa tunggu lagi?... Mampukah kita menyahut cabaran insentif ta'awun 2010? Memeriahkan PBC membawa maksud kita membakar semangat. Ujudkan masyarakat HPA yang mempunyai daya perubahan tinggi dan sentiasa memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penguna tetapi juga menyumbang kepada tamadun bangsa.

Kita mampu melahirkan masyarakat HPA yang mampu berdikari, bersatu, mampu berfikir dengan kritis, berdaya saing, dinamik dan berkeyakinan tinggi.

Ayuh!! Gempur PBC 23 - 24 Januari 2010.....!!!!