Isnin, Jun 21, 2010

BERANI BERJUANG ~ SELANGKAH MENCARI ILMU

PBC TS HOTEL 19 - 20 JUN 2010.






Khamis, Jun 17, 2010

TENGOK BETUL-BETUL SIAPA SAYA!...

SAYALAH ANAK LANDAK....BUKAN RAMBUTAN TAU..!!

Khamis, Jun 03, 2010

GAZA, MENUNTUT PENGORBANAN DAN HARAPAN. APAKAH KITA MASIH LENA DIBUAI PENIPUAN YAHUDI LAKNATULLAH.

BANGKITLAH SAUDARA-SAUDARAKU!
Seandainya dua hari itu sudah cukup menyakitkan, bagaimanakah sengsaranya Gaza yang sentiasa bermandikan darah dan airmata.

Dari FB Ageel Al-Haddad.
LIVE di Astro Awani 501: Dr Syed Muhammad Haleem Al-Haddad mohon agar rakyat Malaysia nyahkan apa-apa juga unsur ISRAEL yang ada di Malaysia ; sama ada dalam bentuk produk, kilang dan juga apa-apa hubungan sekiranya ada...Setiap titis darah umat Islam di Gaza merupakan satu dosa umat Islam jika kita terus mengadakan dan menggunakan apa-apa barangan dan produk YAHUDI Laknatullah...





MEETING MINGGUAN CRC DI MASJID ABU HURAIRAH TANJUNG KUPANG

Rabu, Jun 02, 2010

BERITA TERKINI DARI RENTETAN PERISTIWA PENAHANAN SUKARELAWAN KAPAL MAVI MARMARA

ALHAMDULILLAH...

Berita terkini diterima dari PJM Tuan Syed Ageel lewat SMS beliau menyatakan abang beliau Dr Syed Haleem Syed Hassan Al-Haddad dan rakan dalam keadaan selamat di bawah jagaan Kedutaan Jordan dan telah diberi talipon bimbit seorang satu untuk kemudahan menghubungi keluarga di tanahair.

Kami dari seluruh warga CRC turut mengucapkan syukur kehadirat Allah S.W.T.

Selasa, Jun 01, 2010

SALAM PERJUANGAN

12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel
Turut ditahan Dr Syed Haleem Syed Hassan abang kepada PJM Syed Ageel.




Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang- kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007. - malaysiakini 

PBC 29-30 MEI 2010