Seorang yang baru mengenali HPA akan kelihatan mundar mandir di lorong pemikiran. Apakah yang harus didahulukan? pendapatan atau perjuangan?. Sebagai ahli baru jawapan bukan hanya boleh didapati sekadar di kelas kelas mingguan atau info-info di cawangan. Untuk menggarap sebuah harapan yang kental agar tidak mudah tersungukur di pertengahan jalan adalah dengan menghayati erti sebuah ketaatan kerana soal hati memainkan peranan utama dalam memikul satu amanah besar dari bermulanya langkah kecil seorang ahli biasa kepada seorang yang berani dan berjiwa besar, barulah pendapatan akan datang seiring dengan satu perjuangan.
Menghayati Perjuangan.
Mendiagnosis masalah kesungguhan dengan mengambil kira keuntungan yang didapati hasil dari kesinambungan rintisan dan jerih perih seorang insan yang bernama Tuan Haji Ismail bin Ahmad membina juga membuka jalan seluas-luasnya kepada usahawan melayu khasnya bagi memperlihatkan kepada dunia bahawa HPA itu mampu mendidik jemaahnya dan membawa islam dan ekonominya sama tinggi dan setaraf dengan bangsa-bangsa asing.
Kepakaran beliau bukan sahaja dilihat dalam ilmu herba bahkan dalam mengkhususkan alternatif, meramal kesan-kesan dan memilih alternatif selari dengan tuntutan agama bagi melepaskan kita dari belengu permasalahan tentang pemakanan dan kehalalan yang selama ini sentiasa menimbulkan keresahan dalam mencari jalan penyelesaian.
Sejauh mana HPA mampu menapak.
Seandainya kita sering diasak dengan persoalan-persoalan negetif yang adakalanya mengaburkan kenyataan bahawa HPA telah jauh berkembang ianya membuktikan masih ada segelintir yang memandang HPA hanya pada persepsi yang tertentu. Selaras dengan impian besar dan usaha-usaha gigih Tuan Haji Ismail sendiri, Hpa kini berjaya mengujudkan peluang-peluang perkerjan di dalam era pembangunan yang harus direbut bagi merealisasikan harapan sejagat bahawa sampai masanya nanti akan ujud satu organisasi yang akan mempertahankan islam dari sudut budaya ilmu, ekonomi dan perjuangan.
Nakhoda Pelayaran.
Sebagai seorang yang penuh bertanggung jawab Tuan haji Ismail memainkan peranan penting sebagai seorang nakhoda yang telah berjaya membimbing kelasi-kelasinya melayarkan bahtera HPA atas dasar penyatuan bersandarkan semangat dan keyakinan. Mengharungi saat-saat taufan dan badai, pendirian dan pegangan beliau amat jelas bahawa Allah itu sentiasa berada di sisi hamba-hamba-Nya selama mana kita yakin bahawa setiap ujian yang didatangkan adalah tazkirah kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan